Blog Pembentangan Kumpulan

Lihat Semua Artikel »»

Headline

.

Wednesday, August 25, 2010

KULIAH MINGGU 7



Salam sejahtera kepada para pelajar SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia

Minggu ini sesi pembentangan telahpun bermula. Diharap kepada semua pembentang dapat bersedia dari segi penyediaan weblog dan juga pembentangan di dalam bilik kuliah. Seperti yang dimaklumkan, para pelajar seharusnya dapat turun ke kajian lapangan agar mendapat sumber utama (primer. Sekiranya terdapat kekangan, anda masih punya banyak alternatif untuk mencari bahan. Ingatlah sumber atau bahan yang diperolehi mestilah diberi kredit kerana weblog yang anda paparkan nanti boleh diakses di mana sahaja. Oleh itu, perkara ini perlu diambil perhatian.

Untuk refleksi jurnal minggu ke 7 dan seterusnya, pelajar akan membuat refleksi berdasarkan pembentangan oleh rakan-rakan sekuliah dan seterusnya memberi komen dan pandangan di dalam weblog kumpulan. Sesi pembentangan di blik kuliah juga memerlukan interaksi 2 hala agar ianya lebih efektif. Anda digalakkan bertanyakan soalan dan memberikan pandanngan.


Bagi para pelajar yang mengikuti Jadual Hari Isnin, Jurnal refleksi anda adalah berdasarkan entri KULIAH MINGGU KE 7-HARI ISNIN (KLIK DI SINI)
Manakala bagi pelajar yang mengikuti Jadual Hari Rabu, Jurnal Refleksi anda adalah berdasarkan enti KULIAH MINGGU KE 7-HARI RABU (KLIK DI SINI)


SEKIAN TERIMA KASIH

9 comments:

smp2252dalila on August 26, 2010 at 10:24 PM said... [Reply to comment]

Negara boleh menggunakan muzik tradisional bagi mencapai hasrat 1Malaysia, kerana muzik merupakan elemen penting yang dapat mempengaruhi minat semua golongan masyarakat. Sesuatu lagu yang dicipta juga dapat melambangkan identiti kita sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Muzik Tradisional dapat membantu mencapat hasrat ini dengan cara:

a) Mencipta lirik lagu yang menarik dan berkaitan dengan 1Malaysia. Muzik yang dicipta akan wajib digunapakai di setiap sekolah dalam negara ini.
b) Mengadakan pertandingan mencipta lagu yang berkaitan dengan semangat perpaduan dan cintakan negara (bertemakan 1Malaysia). Pertandingan ini perlu terbuka kepada semua golongan.
c) Mengadakan pertandingan nyanyian secara kumpulan dan setiap satu kumpulan perlu mempunyai ahli yang terdiri daripada semua kaum yang terdapat di Malaysia. Suasana yang harmoni dapat diwujudkan hasil daripadak interaksi dan kerjasama kumpulan yang baik.

smp2252shafry on October 30, 2010 at 3:16 PM said... [Reply to comment]

Dalam minggu ini telah pun saya menyoal dan disoal dalam ruangan ini..

SMP 2252 NURUL HANA on October 30, 2010 at 5:35 PM said... [Reply to comment]

pendekatan soal jawab ketika pembentangan kumpulan berlansung adalah sangat baik untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai muzik tradisional. sama ada soal jawab antara pelajar dengan pelajar dan antara pensyarah dengan pelajar.

smp2252azirul on October 31, 2010 at 12:31 PM said... [Reply to comment]

Tahniah kepada kumpulan shafry kerana berjaya melaksanakan tugas yang diberi dengan sebaik mungkin.

bancha on October 31, 2010 at 2:01 PM said... [Reply to comment]

Tahniah kepada kumpulan kuda kepang yang menyajikan maklumat yang segar. Saya megetahui serba sedikit mengenai kuda kepang sebelum ini melalui pembacaan saya hasil promosi filem Pontianak Harum Sundal Malam 2. Saya amat memujikan penerbit filem yang mengangkat seni tradisi ini ke dunia perfileman dan mengkomersialkan lagi seni ini.

Marlin on October 31, 2010 at 6:20 PM said... [Reply to comment]

Tahniah saya ucapkan kepada kumpulan yang membentangkan tajuk Kuda Kepang kerana membentangkan tajuk ini dengan jayanya disokong lagi dengan temuan hasil kerja lapangan mereka. Namun apa yang saya sangat musykil ialah mengapakah Kuda Kepang telah diharamkan? Ada pernyataan yang menyatakan bahawa tarian ini mempunyai unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah Islam namun terdapat artikel lain yang mengatakan bahawa Tarian Kuda Kepang mempunyai pengaruh Islam. Pengaruh ini dapat dilihat dari segi perjalanan cerita tarian tersebut yang dikatakan menceritakan peperangan Rasulullah dan para sahabat.

Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara untuk menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah sebelum atau selepas persembahan.

Namun benar atau tidak, sama-samalah kita mempertahankan warisan tradisional ini agar tidak terus dilupakan.

Juster on October 31, 2010 at 9:25 PM said... [Reply to comment]

Tahniah untuk kumpulan yang telah membentangkan tajuk kuda kepang..

SMP 2252 NURUL HANA on October 31, 2010 at 11:11 PM said... [Reply to comment]

teringin melihat persembahan kuda kepang secara langsung. final pelajar muzik apa ya?? adakah mereka buat persembahan di panggung buadaya?? nak tgk la mesti best. jgn lupa war-warkan..

SMP2252 WONG SOON EN on October 31, 2010 at 11:38 PM said... [Reply to comment]

pembentangan kuda kepang ini mmg best tapi tarian kuda kepang yang sebenarnya amat menggerunkan......

Post a Comment

Twitter

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template