Blog Pembentangan Kumpulan

Lihat Semua Artikel »»

Headline

.

Monday, August 9, 2010

KULIAH MINGGU 5: GAMELAN DAN CAKLEMPONG


KULIAH MINGGU 5


32 comments:

SMP 2252 NURUL HANA on August 9, 2010 at 9:07 PM said... [Reply to comment]

salam kepada en. amran dan semua kekawan sekuliah..

kuliah pada minggu ke5 sungguh menarik. bagi saya muzik gamelan amat menarik dari aspek muzik. alat-alat muzik yang digunakan mengeluarkan bunyi yang amat menarik sekali.

saya suka hasil bunyi alat muzik gamelan yang dimainkan dengan laju. saya yakin sekiranya orang luar iaitu pelancong dari negara luar sekiranya mereka mendengar dan melihat secara langsung muzik gamelan ini dipersembahkan mereka juga turut terpesona dengan muzik tradisional ini dan mungkin turut berminat untuk mencuba untuk mempelajarinya dan mengkaji dengan teliti bagaimana muzik ini dapat dihasilkan dan popular.

wan on August 10, 2010 at 2:47 PM said... [Reply to comment]

betul tu dengan menggunakan scale pentatonik hasil bunyinya sangat cantik dan saya yakin ianya menawan hati sesiapa sahaja yang melihat permainan gamelan ini terutamanya gamelan bali yang lagunya dimainkan dengan laju dan sekata bunyi nya. saya juga turut sama terpesona dengan muzik tradisional ini.

wan on August 10, 2010 at 3:38 PM said... [Reply to comment]

salam.. saya bersetuju dengan kata-kata nurul hana muzik gamelan memang menarik dengan hanya menggunakan scale pentatonik 1 2 3 5 6(do re mi so la do) hasil bunyi nya amat menarik sekali dan saya yakin sesiapa sahaja yang melihatnya akan terpesona. sebagai contohnya gamelan bali yang temponya begitu laju dan lagunya juga amat menarik.

SMP2252 Azam on August 11, 2010 at 12:22 AM said... [Reply to comment]

Pada kuliah minggu ini, terasa cepat masa berlalu. Mungkin disebabkan oleh perasaan terpegun dengan keindahan muzik yang dialunkan oleh muzik tradisi gamelan dan caklempong. Saya teringat pada ketika dahulu, pernah menyaksikan secara 'live' muzik caklempong diiringi dengan tarian piring di Seremban, Negeri Sembilan. Tergamam saya ketika itu. Bagaimana sesebuah tarian itu dapat disatukan dalam sebuah muzik yang begitu mempersonakan, seakan-akan mempunyai jiwa dan roh di dalamnya. Inilah antara keunikan yang terdapat di negara kita. Jikalau berpeluang, ingin mempelajari memainkan instrumen dalam assemble gamelan dan caklempong.

Juster on August 11, 2010 at 5:35 PM said... [Reply to comment]

kita melihat terdapat banyak perbezaan yang terdapat dalam ketiga-tiga jenis gamelan iaitu Gamelan Melayu, Gamelan Jawa, dan Gamelan Bali. Antara perbezaan yang ketara ialah, dari segi tempo permainan dan jenis-jenis alat. saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya semasa mengikuti bengkel gamelan sempena Festival Gamelan Sedunia 2010 baru-baru ini di Terengganu. saya mendapat peluang bermain gamelan Jawa semasa bengkel tersebut. saya merasakan bermain Gamelan Jawa sedikit rumit berbanding Gamelan Melayu. mungkin disebabkan kali pertama saya bermain Gamelan Jawa. Semua jenis gamelan seluruh dunia telah berkampung selama 4hari 3malam di Terengganu untuk persembahan gamelan masing-masing. pengalaman tersebut saya tidak akan pernah lupakan. setiap jenis gamelan mempunyai keunikan nya tersendiri dan nilai-nilai tersebut sememangnya akan terus kekal di mata dunia.

Muzik Tradisional Malaysia on August 11, 2010 at 6:20 PM said... [Reply to comment]

Terima kasih Juster.. dapat berkongsi pengalaman anda di sini..Semoga rakan-rakan lain dapat menfaatnyha. Untuk tahun 2009 saya sempat hadir menyaksikan Festival ini!!!

~cikshue~ on August 12, 2010 at 5:26 AM said... [Reply to comment]

Saya berasa semua pelajar pada minggu ini terhibur dengan tajuk yang telah diajarkan. Mereka dapat merasa sendiri bagaimana cara untuk bermain gamelan..tahniah semua..anda memang hebat bermain gamelan..=)

cik_eija on August 12, 2010 at 5:12 PM said... [Reply to comment]

Salam Warisan.

Kuliah pada minggu ke 5 ini sangat menarik kerana pelajar bukan sahaja dapat mempelajari sejarah dan latarbelakang muzik gamelan bahkan pelajar diberi peluang untuk bersama-sama memainkan alat muzik gamelan secara langsung pada 30 minit terakhir kuliah. Saya memang sangat berminat dengan muzik gamelan, namun masih banyak yang perlu saya pelajari samada perkara yang berkaitan teori mahupun teknikal. Walaubagaimanapun, melalui kuliah minggu ke 5 ini, sedikit sebanyak telah memberikan input tambahan kepada saya tentang muzik gamelan yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini. Terima kasih En. Amran & sahabat-sahabat yang membantu. (^_^)

Damiana on August 13, 2010 at 8:25 AM said... [Reply to comment]

SALAM RAMADHAN,

Walaupun pada permulaan Ramadhan, namun pelajar-pelajar masih bersemangat menghadiri kelas muzik ini. Pengalaman yang berharga kerana dapat belajar bermain gamelan.
Syabas untuk semua =)

niq89 on August 13, 2010 at 4:26 PM said... [Reply to comment]

kuliah pada minggu ke 5 ini menarik minat saya untuk lebih mendalami keunikan kedua-dua muzik ini. jutaan terima kasih kepada en.amran kerana mengajar kami

CHRISTINE on August 13, 2010 at 7:36 PM said... [Reply to comment]

Salam sejahtera...dalam minggu kuliah 5 ini saya telah banyak mempelajari 'terms' yang baru walaupun telah menghadiri kelas gamelan dan caklempong...agak malu juga kerana tidak mengetahui 'terms' yang ditanya oleh En. Amran... namun saya berusaha untuk mengigngat apa yang diajar dalam kuliah 5 kerana satu sumber yang baru dan akan digunakan dalam sekolah pada esok hari... Terima kasih kepada En. Amran kerana mendedahkan semua ini... dan saya berasa bangga kerana boleh mengajar pelajar yang bukan dari program muzik bermain gamelan... harapkan kalian terhibur dengan muzik gamelan... sekian...

Teoh Koh Sing on August 13, 2010 at 9:22 PM said... [Reply to comment]

Saya amat suka kuliah minggu ke 5 ini sebab kami dapat belajar tentang gamelan dan caklempong dengan lebih mendalam lagi. walaupun sudah ambil kursus gamelan dan caklempong,tetapi kami hanya tahu cara bermain sahaja,sejarah-sejarah dan istilah yang digunakan dalam gamelan dan caklempong ini saya kurang faham sebelum ini. Harap semua kawan dapat terhibur dan mendapat pengalaman yang baik dari kuliah minggu ini.

Marlin Binti Kisil on August 13, 2010 at 11:31 PM said... [Reply to comment]

Kuliah yang sangat menarik!!

Garry on August 15, 2010 at 8:57 AM said... [Reply to comment]

Kuliah yang banyak memberikan input-input yang menarik serta berkesan.

~cikshue~ on October 30, 2010 at 12:32 PM said... [Reply to comment]

Tahniah buat pelajar dari program lain yang sudah pandai bermain gamelan dengan agak baik..syabas. teruskan usaha..=)

SMP 2252 NURUL HANA on October 30, 2010 at 5:26 PM said... [Reply to comment]

terima kasih wan kerana bersetuju dengan pandangan saya. dan saya bersetuju dengan garry dan shue. kuliah ini memang telah memberi input yang menarik dan telah memberi peluang kepada kami pelajar dari kos pengajian malaysia untuk lebih mendalami muzik-muzik tradisional.

SMP2252 FARAH on October 30, 2010 at 9:53 PM said... [Reply to comment]

tajuk yg paling saya gemari..!!

SMP2252 ASHARI on October 30, 2010 at 11:34 PM said... [Reply to comment]

yelatu..

demo pelajar bukan muzik adalah sesuatu yang menarik. Tahniah kepada anda semua. Anda berbakat. Terima kasih En.Amran. Anda memahami pelajar.

gEneRasi AnaK sAmaH on October 30, 2010 at 11:37 PM said... [Reply to comment]

Terima kasih kepada En Amran kerana telah memberi peluang kepada kami iaitu pelajar bukann dalam bidang muzik untuk mencuba sendiri bermain gamelan. Kenangan ini amat bermakna buat kami semua.

Garry on October 31, 2010 at 9:20 AM said... [Reply to comment]

Mempraktikkaan apa yang telah kita pelajari di dalam sesi kuliah.Ini dapat mebantu kita memahami dengan lebih mendalam apa itu gamelan.Disamping dapat memainkan sendiri ensembel gamelan,kita juga dapt mengenal pic-pic yang dihasilkan oleh instrumen tertentu,dan dapat mengetahui cara untuk memainkannya.Syabas!

bancha on October 31, 2010 at 1:55 PM said... [Reply to comment]

Terima kasih juster..Mesti saudara juga dapat melihat pelbagai pengembangan berlaku pada seni permaianan gamelan. Malah Gamelan jawa sekalipun telah mengalami perkembangan yang ketara. Di malaysia kita masih kurang menerokai bidang sintesis, jika tidak mungkin kita dapat mencuba pelbagai idea kreatif dalam usaha mermatabatkan lagi seni gamelan. Kaedah pengajaran ke arah praktikal ini amat bagus daripada pembeljaran teori semata-mata.

Marlin on October 31, 2010 at 4:06 PM said... [Reply to comment]

Saya sangat berharap agar berpeluang menonton sendiri persembahan Gamelan Bali atau Gong Kebyar suatu hari nanti. Daripada cerita rakan-rakan yang pernah menonton persembahan ini di Bali, saya dapat membayangkan satu pertunjukan yang sangat hebat dan cerminan budaya di Indonesia yang pelbagai..

bancha on October 31, 2010 at 4:54 PM said... [Reply to comment]

Nanti mungkin kita boleh buat rombongan ke sana nanti..hahha

SMP2252 Firdaus on October 31, 2010 at 7:01 PM said... [Reply to comment]

Saya rasa sangat beruntung kerana dapt bermain alat muzik gamelan.Terima kasih en Amran

Juster on October 31, 2010 at 9:22 PM said... [Reply to comment]

Kedua-dua muzik tersebut telah mencerminkan nilai budaya masyarakat di Malaysia. Pendekatan seperti ini amat sesuai supaya nilai warisan muzik tersebut tidak akan pernah hanyut ditelan zaman.

bancha on October 31, 2010 at 10:24 PM said... [Reply to comment]

Tahniah firdaus, nanti ambil ko gamelan kalau berminat. Tak salah kita ambil kredit lebih kalau kita berminat kan..

bancha on October 31, 2010 at 10:25 PM said... [Reply to comment]

Juster: Maksud anda pendekatan yang bagaimana?

SMP 2252 NURUL HANA on October 31, 2010 at 11:04 PM said... [Reply to comment]

bunyi yang dihasilkan melalui muzik gamelan amat menarik..sesuai juga dimainkan di majlis perkahwinan jika di adaptasikan eheee

bancha on October 31, 2010 at 11:22 PM said... [Reply to comment]

Bukan majlis kahwin ja ok..
tapi kita boleh buat simfoni lagi..

SMP 2252 NURUL HANA on October 31, 2010 at 11:25 PM said... [Reply to comment]

waw sungguh menarik cadangan bancha.

Juster on October 31, 2010 at 11:34 PM said... [Reply to comment]

bancha: maksud saya dari segi kaedah pembelajaran yang lebih kepada praktikal akan menberi pendedahan kepada pelajar yang belum pernah mengenali muzik tersebut. ia boleh diaplikasikan kepada golongan muda termasuk pelajar sekolah.

bancha on October 31, 2010 at 11:56 PM said... [Reply to comment]

oh..Baru saya faham..
betul itu, golongan yang tidak pernah memegang alat tersebut mungkin menganggap bermainnya sesuatu yang senang maka mereka kurang menghargainya..jadi kaedah ini amat sesuai digunakan kepada pelajar baru..

Post a Comment

Twitter

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template