Salam sejahtera,
Soalan minggu 5 dibuat dalam bentuk PERDEBATAN. Kumpulan yang berjadual hari Isnin dipilih sebagai PENCADANG manakala kumpulan pelajar yang berjadual hari Rabu sebagai PEMBANGKANG. Tajuk perdebatan kita pada minggu ini ialah:
"Ensembel Muzik Tradisional Gamelan dan Caklempong di Malaysia perlu diberi nafas baru iaitu dari segi gubahan kontemporari, penambahan alat muzik moden dan kostum untuk menarik golongan muda meminatinya tanpa perlu mengekalkan ciri-ciri asal ensembel berkenaan."
Setiap kumpulan pelajar perlu memberi dan mempertahankan pandangan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan (PEMBANGKANG ataupun PENCADANG). Setiap pelajar hanya dibenarkan memberi satu entri pandangan. Untuk memberikan entri pandangan/hujahan kali kedua dan seterusnya, pelajar mestilah memberikan pandangan BERDASARKAN jawapan daripada pihak lawan.
Format Perdebatan Atas Talian (Online): Sila baca dengan teliti agar anda tidak melakukan kesilapan apabila berdebat.
1. Sekiranya anda seorang PENCADANG, mulakan teks anda dengan huruf "PC". Contohnya:
PC: Saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini kerana...............
2. Sekiranya anda seorang PEMBANGKANG, mulakan teks anda dengan huruf "PB". Contohnya:
PB: Kenyataan di atas sangat tidak relevan kerana.................
3. Sekiranya anda seorang PENCADANG dan ingin mematahkan hujah pihak lawan, anda perlu menuliskan nama pemberi pandangan. Contohnya:
PC-Marlin: Saya tidak bersetuju dengan pandangan saudari Marlin kerana...............
4. Sekiranya anda seorang PEMBANGKANG dan ingin mematahkan hujah pihak lawan, anda perlu menuliskan nama pemberi pandangan. Contohnya:
PB-Amirul: Apa yang dihujahkan oleh saudara Amirul adalah tidak realistik kerana........
Sila beri jawapan@pandangan di ruangan komen di bawah posting ini. Jawapan@pandangan anda akan terus disiarkan tanpa perlu di"moderasi"kan kerana untuk tujuan penghujahan. Tarikh akhir menjawab soalan ialah sebelum atau pada 21 Ogos 2010 sebelum jam 12.00am. Selamat berdebat. Sekiranya ada masalah, sila ke FB Group. Terima kasih
185 comments:
PC: saya sangat bersetuju dengan pernyataan diatas kerana dengan adanya perubahan yang baru ini akan menarik minat golongan muda. sebagai contohnya gubahan lagu mesti kearah lebih moden kerana bersesuaian dengan peredaran zaman ini. tetapi perubahan lagu itu tidaklah mengubah struktur asal nya.
PB - FARAH : saya tidak bersetuju dengan wan. kita patut mengekalkan 'keaslian' muzik gamelan dan caklempong. ini dapat menarik golongan muda mengenali dan mempelajari muzik ini. jika diberi nafas baru, maka hilanglah identitinya. kalu dijadikan kontemporari, golongan muda tidak akan tahu muzik asli gamelan dan caklempong.
PC-memang saya sokong pernyataan diatas, muzik tradisional gamelan dan caklempong memang sesuai ditambah dengan gubahan temporari dengan tujuan ingin menarik minat golongan muda. dengan cara ini golongan muda akan tertarik untuk menceburkan diri dalam bidang tradisional seperti caklempong dan gamelan ini. justeru itu, sudah pastinya muzik ini tidak akan dilupakan.
PC-niq89:farah,memang dalam konteks ketradisional muzik tersebut akan sedikit berkurang tetapi bagi mengekalkan kedua-dua muzik itu tidak luput dimata masyarakat kita tidak boleh teragak-agak untuk melakukan sedikit penambahan dalam muziki ini, ini adalah untuk memastikan golongan muda melibatkan diri dalam bidang ini, jika kita tidak membuat penabahan dan golongan muda tidak mahu melibatkan diri, suddah pasti muzik gamelan dan caklempong ini akan pupus
PC-wan: saya tidak bersetuju dengan pandangan saudari farah, nafas baru harus diberi bagi menarik perhatian golongan muda pada masa kini. saudari juga herus ingat dalam pernyataan saya di atas tadi saya ada menyatakan bahawa kita tidak akan mengubah struktur asal nya. ini bermakna keaslian nya masih kita kekalkan lagi cuma pembaharuan perlu dilakukan agar ianya selari dengan peredaran zaman kini.
PB- saya amat tidak setuju dengan wan. ini kerana kesemua lagu muzik yang asal harus dikekalkan dan diutamakan. Malah boleh diwajibkan bagi lagu yang asal mengguna pakai rentak dan irama tradisional yang original.
PB-saya berpendapat bahawa Ensemble Muzik Tradisional Gamelan dan Caklempong di Malaysia perlu mengekalkan tradisi asli agar anak-anak muda boleh mengenali budaya yang asal.
PC: saya sangat bersetuju dengan kenyataan di atas kerana pada pandangan saya, ensemble instumental gamelan dan caklempong ini perlu diberikan nafas baru kerana kita melihat generasi anak muda masa kini sangat berfikiran kreatif dan inovatif dan tidak ingin terikat kepada mana-mana satu peraturan yang menyekat kebebasan mereka untuk melakukan kegiatan kesenian termasuklah muzik. Mungkin idea yang baru anak-anak muda memainkan ensemble ini menggunakan cara mereka sendiri memberi aspirasi seterusnya lebih mewarnai kesenian kita sendiri.
Salam kepada Farah(Pembangkang)...sekiranya anda ingin berhujah dengan pandangan dengan Wan (Pencadang).. Sila mulakan dengan PB-Wan. Oleh itu saya tahu kedudukan anda sebagai Pembangkang dan sedang berhujah pandangan daripada Wan
Begitu juga dengan Wan(Pencadang). Sekiranya ingin berhujah dengan pandangan Farah.. Sila mulakan dengan PC- Farah.. Oleh itu saya tahu kedudukan anda sebagai Pencadang dan sedang berhujah dengan kenyataan Farah.
Prosedur yang betul adalah seperti Niq89.
Harap maklum
PB-niq89: Apa yang dihujah oleh saudara niq89 adalah konteks ketradisional muzik tersebut akan sedikit berkurang, namun tajuk yang diberi adalah gubahan lagu tradisional, penambahan alat muzik dan kostum tanpa mengekalkan ciri-ciri asal ensemble. Adakah betul dari segi konteks ketradisional muzik itu hanya sedikit berkurang??
PB- Saya sangat bersetuju dengan christine. Jika muzik gamelan dan caklempong diubah tidak kiralah sedikit ataupon banyak, keaslian muzik ini tetap juga akan berubah dan akan mengurangkan keaslian muzik tersebut. kita seharusnya mengekalkan keaslian muzik gamelan dan caklempong bagi memastikan muzik ini tidak hanyut ditelan zaman.
PB-Saya sangat tidak bersetuju dengan pernyataan di atas. Sekiranya kita membuat perubahan pada muzik-muzik tradisional tersebut, adakah kita akan mengenali muzik-muzik ini secara asli? sekiranya kita membuat perubahan walaupun yang sedikit, generasi lain akan menganggap bahawa muzik yang diubah ini adalah muzik yang asli dan mereka juga turut akan menunjukkan daya kekreatifan mereka untuk mengubah muzik tersebut. dengan itu, dari satu generasi ke satu generasi, sedikit-sedikit perubahan, lama-lama jadi banyak perubahan. dan akhirnya, muzik gamelan dan cak lempong akan hilang keasliannya dan wujudlah ensembel baru yang langsung tidak nampak seperti ensembel gamelan dan cak lempong yang asli. dengan ini, golongan muda akan menjadi sesat dalam pengetahuan mereka tentang muzik cak lempong dan gamelan.
PB-Amirulah: sikap kreatif dan inovatif sememangnya baik untuk membuat sesuatu perubahan. tetapi kreatif dan inovatif itu biarlah digunakan dalam tempat yang betul. sekiranya kreatif dan inovatif itu menyesatkan dan menyerongkan sesuatu benda yang asli, baik kita kekalkan sahaja yang asli itu. sebenarnya muzik ini merupakan suatu disiplin. untuk bermain muzik, kita memerlukan disiplin yang tinggi. jadi, saya sangat tidak bersetuju dengan pandangan amirulah yang menyatakan golongan muda tidak ingin terikat kepada mana-mana satu peraturan yang menyekat kebebasan mereka. sekiranya kita ingin memainkan muzik dengan baik, saya percaya kita harus mempunyai disiplin yang baik dan menghormati keaslian muzik tersebut.
PC-syafiqa..saya tidak setuju dengan pandangan cik bahawa tidak semestinya pembaharuan akan menggugat keaslian muzik tradisional kita. Malah dapat mengcungkil bakat golongan anak2 muda untuk mendekati muzik tradisi. Jika kita perhatikan kini, golongan anak2 muda lebih meminati budaya muzik komtemporari berbanding muzik tradisional. Maka bagi menambah baik muzik ini saya amat setuju walaupun ia tidak mengekalkan ensembel ciri-ciri asal muzik tersebut tetapi perlu digabungkan supaya dapat mewujudkan satu muzik yang sentiasa mengikut peredaran zaman. Dengan cara sedemikian saya akui akan memberi impak baru pada golongan muda mudi untuk mengetahui dan mendalami keunikan gabungan kedua-dua muzik tersebut. Hal ini bukan sahaja dapat menarik minat di kalangan golongan muda malah juga dapat menarik "Orang Luar"(Pelancong).
PB-Christine & syafiqa : saya menyokong hujah2 christine dan syafiqa.. seharusnya kite mengekalkan keaslian muzik ini.. Kalu diberi nafas baru, rasanya muzik gamelan & caklempong boleh dipanggil nama baru.
PB-zarina : tidak semua ank2 muda suka muzik kontemporari.. cth,wayang kulit still mengekalkan keasliannya.. agak mustahil untk kite mengubah benda yang telah menjadi amalan sekian lamanya.
PB-wan : saya sama sekalu tidak setuju dengan hujah anda. mustahil keaslian muzik ini tidak akan hilang. apa2 benda yang kita ubah, pasti akan hilang keasliannya yang asal. fikirkan,jika ditambah alat2 muzik zmn moden skrng, rasanya bnyak perkara yg perlu kita arrangment semula.
PB-wong : saya setuju dengan pendapat wong. jika diberi nafas baru, maka muzik gamelan dan caklempong ini akan dikenali dengan ensemble len.
PB-zarina : tidak semestinya mengubah sesuatu itu dapat mencungkil bakat baru. pelancong2 yg datng ke negara ini pun, tertarik dengan keaslian muzik kita kerana muzik ini unik.
PB-farah : saya sokong hujah2 farah..
PB-Sata tidak bersetuju dengan pandangan itu kerana jika gamelan dan caklempong berubah dari segi muzik, penambahan alat muzik moden dan kostum tanpa mengekalkan ciri-ciri tradisi asal, maka hilanglah ciri-ciri keaslian muzik gamelan dan caklempong. Kita haruslah mengekalkan tradisi ini agar generasi yang akan datang itu masih dapat merasai keindahan muzik gamelan dan caklempong ini.
PB-syafiqa:saya amat suka dan sokong hujahan saudari syafiqa. Keaslian muzik itu haruslah dikekalkan sampai bila-bila saja.
PB-ASHARI : Saya sangat bersetuju dengan hujah-hujah Ashari yang mengatakan bahawa pelancong-pelancong berminat dengan muzik asli kita.
PB-ZARINA : Sekiranya muzik asli tradisional kita diubah, dan dimasukkan dengan ciri-ciri muzik kontemporari, pelancong-pelancong asing tidak akan tertarik. Ini kerana muzik kontemporari yang ada atau wujud di luar negara adalah jauh lebih baik dan hebat daripada di negara kita. ynag mereka minat adalah muzik-muzik asli tradisional kita yang lain "mood dan feel" daripada muzik-muzik mereka di luar negara. Oleh itu, mereka tidak akan menghayati muzik kita sekiranya gamelan dan cak lempong dibuat dalam gubahan kontemporari.
PB-Wan & Niq89: Saya tidak bersetuju dengan hujah-hujah yang dikemukakan oleh saudara Wan & Niq89. Sebagai pewaris identiti warisan bangsa kita perlulah bertanggungjawab dalam melestarikan identiti Ensembel Muzik Tradisional Gamelan dan Caklempong. Dalam usaha melestarikan identiti asal Ensembel Muzik Tradisional Gamelan dan Caklempong ini, kita perlulah mengekalkan ciri-ciri dan stuktur asal ensembel muzik tradisional ini. Kita perlu melihat kepada keaslian ciri dan struktur Ensembel Muzik Tradisional Gamelan dan Caklempong itu sendiri yang mempunyai falsafah dan nilai yang tersendiri dalam membentuk nilai, identiti dan budaya masyarakat khususnya di zaman ini.
PB-Zarina: Saya juga tidak bersetuju dengan pandangan cik zarina. Bagi saya pelancong-pelancong yang datang mahu melihat keunikan dan keaslian muzik yang terdapat di Malaysia. Benar kita harus mengikut peredaran zaman, tetapi bagi saya muzik kita sekarang memang sudah mengikut peredaran zaman, apa salahnya muzik traditional yang kita ada ini kita kekalkan keasliannya, supaya generasi baru tahu membezakan antara muzik traditional dan kontemporari.
PB - Amirulah : Saya tidak bersetuju dengan kenyataan saudara yang mengatakan bahawa dengan mengekalkan keaslian dan ciri-ciri asal Ensembel Muzik Tradisional Gamelan dan Caklempong ini akan "menyekat kebebasan golongan muda melakukan kegiatan kesenian dan berfikiran kreatif dan inovatif". Tanpa mengubah ciri dan struktur asal ensembel muzik ini, masyarakat masih boleh berkreativiti dan berinovasi.
PB- Saya tidak bersetuju dengan pandangan itu, gamelan dan caklempong mesti dikekalkan dan tidak boleh diubah. Jikalau menambahkan alat muzik moden dan kostum, ciri-ciri keaslian muzik gamelan dan caklempong akan beransur hilang. Generasi yang akan datang tidak akan menikmati muzik asli tradisional kita.
PB - Syafika : Benar apa yang dikatakan oleh saudari Syafika. Para pelancong dari luar negara sememangnya melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang sangat unik kerana mereka sangat tertarik degan budaya masyarakat negara kita yang bersifat 'varsity' atau pelbagai. Kepelbagaian dan keunikan budaya negara ini perlulah dikekalkan supaya masyarakat luar terus kagum dan tertarik dengan ciri dan struktur budaya asal negara kita yang semenangnya tinggi dengan nilai dan falsafah ketimurannya ini.
PB- Saya amat tidak setuju dengan kenyataan di atas. Jika semata-mata untuk menarik perhatian generasi muda dalam muzik tradisional ini dan kita perlu menukar tradisi lama yang merupakan keistimewaan muzik tradisional ini, adakah ini telah menolak tujuan sebenar kita? Kita hendak memperkenalkan muzik gamelan dan caklempong kepada generasi muda atau kita hendak memperkenalkan jenis muzik yang baru kepada mereka? Jika kita hendak menukar kostum, menambah alat muzik serta menukar arah pengubahan muzik tradisional, baik kita mencipta sejenis muzik baru??? Contohnya, untuk menarik lebih banyak remaja kini memakai baju kurung, kita perlu memendekkan lengannya, menambah baranh-barang hiasan dan sebagainya, adakah ini cara yang bernas???
PB-Noorzarina: Saya tidak berapa setuju atas pendapat saudari. Saudari berkata bahawa muzik tradisional ini perlu berubah untuk mengikut peredaran masa? Jadi, pada masa depan, muzik gamelan dan caklempong ini kemungkinan akan berubah lagi? Jika generasi muda suka akan drum dan tidak gemar akan gong, maka gamelan akan berubah mengguna drum dan bukan gong? Adakah ini logik dan kenyataan yang betul? Apa itu muzik tradisional? Muzik yang masih kekal unsur-unsur tradisionalnya dan bukan sentiasa berubah untuk memenuhi kehendakan masyarakat atau peredaran masa!!!
PB: Ya, saya setuju dengan hujah saudari Liew. Jika kita ingin mengubah alat muzik, kostum dan gubahan Ensembel Muzik Tradisional Gamelan dan Caklempong di Malaysia demi menarik golongan muda, ia bukanlah satu cara yang baik. Pada zaman moden kini, pelbagai jenis muzik moden terlah diperkenalkan. Jika muzik tradisional diberi nafas baru iaitu dari segi gubahan kontemporari, penambahan alat muzik moden dan kostum tanpa mengekalkan ciri asalnya maka ia bukan lagi bersifat tradisional dan saya yakin jika keadaan ini diteruskan satu hari nanti istilah "TRADISIONAL" akan lenyap daripada Kamus Dewan kita. Renung-renungkan...
PC: Saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini kerana, gubahan kentomporari dalam muzik gamelan akan menjadikan muzik gamelan dan caklempong lebih dekat dengan masyarakat. Ini bermakna, persembahan muzik gamelan tidak terhad hanya untuk satu-satu peristiwa sahaja malah menjadi tontonan umum dan segenap lapisan masyarakat. Tidak mustahil sekiranya satu gubahan kentemporari yang mengabungkan ketiga-tiga jenis gamelan iaitu Gamelan Melayu, Jawa, dan Bali.
PB - Juster : Maaf, saya rasa saudara Juster tidak begitu menjawab persoalan yang sedang kita sama-sama cuba bincangkan di sini. Perdebatan kita di sini adalah melihat kepada persoalan - "Ensembel Muzik Tradisional Gamelan dan Caklempong di Malaysia perlu diberi nafas baru iaitu dari segi gubahan kontemporari, penambahan alat muzik moden dan kostum untuk menarik golongan muda meminatinya tanpa perlu mengekalkan ciri-ciri asal ensembel berkenaan."
PC-KHADIJAH: Saudari Khadijah, tidakkah anda sedar bahawa generasi masa kini tidak berminat dengan muzik tradisional. Hanya segelintir sahaja yang berminat dan keadaan ini berkemungkinan akan menyebabkan 'kepupusan' muzik tadisional. Satu-satunya jalan untuk menarik mereka adalah dengan memperbaharui corak gubahan dengan menggunakan lagu-lagu kontemporari selain daripada menggunakan lagu-lagu lama. Tidak apalah jika hanya terdapat perubahan yang sedikit pada muzik tradisional daripada ianya terus hilang ditelan arus perubahan zaman.
PB: saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana muzik tradisional merupakan satu aset untuk negara kita untuk dikenali jika kita tidak mengekalkan keasliannya maka negara kita tidak lagi mempunyai keistimewaan dalam bidang muzik. Bagi saya tidak salah kita ingin memperbaharui tetapi janganlah sampai mengubah ciri-ciri dan keasliannya. Sebagai generasi muda kita haruslah menghargainya muzik-muzik tradisional ini supaya ia tetap kekal di arus zaman.
PB - Sumiran: Saudari Sumiran, berbalik kepada persoalan kita di sini. Adakah saudara bersetuju bahawa dengan adanya nafas baru terhadap gubahan Ensembel Muzik Tradisional Gamelan dan Caklempong di Malaysia TANPA PERLU MENGEKALKAN CIRI-CIRI ASAL ensembel ini mampu menarik minat masyarakat khususnya golongan muda pada hari?. Mengapa tidak kita KEKALKAN ciri-ciri asal ensembel ini?
PC-Liew: Saya kurang setuju dengan pendapat anda. Perkara ini haruslah dilihat secara posotif. Melihat kepada realiti remaja zaman ini, kita dapati bahawa tangapan mereka tentang muzik gamelan dan caklempong sebagai memboringkan. Ini kerana rentak dalam muzik tersebut. Sekiranya muzik gamelan ini tidak berganjak sedikit kepada kotemporari maka kepada siapakah kita akan wariskan khazanah ini? salah satu cara untuk menjadikan muzik ini dekat dengan golongan remaja adalah dengan menambah alat muzik moden contohnya crash cymbal, keybord, bass guitar, dan sebagainya. Apa salahnya dengan alat muzik ini akan membentuk satu ensamble gamelan bergabungan dengan rentak jazz? Rentak muzik adalah lebih mesra dengan golongan remaja seterusnya menarik minat mereka untuk mempelajari muzik gamelan.
PC-KHADIJAH: Saudari perlu baca betul-betul pandangan saya tadi. Pendapat tadi lebih menjurus kepada membentuk satu gubahan kontemporari.
PC-Sumiran: saya bersetuju dengan kenyataan saudara sumiran. Golongan remaja sekarang kurang berminat dengan muzik gamelan dan caklempong. Bagi pendapat saya, dengan memberi nafas baru kepada muzik gamelan maka dapat menarik golongan remaja meminati muzik tersebut.
PB- Kenyataan di atas sangat tidak relevan pada pandangan saya. Seni muzik tradisional merupakan identiti dan ciri sesuatu bangsa. Ini dapat dilihat kerana seni muzik di setiap negara mempunyai ciri-ciri mereka yang tersendiri. Apa yang dipersoalkan ialah wajarkah kita melakukan pembaharuan sehingga tidak mengekalkan ciri-ciri asal muzik tersebut. Bagi saya ia sangat tidak wajar. Memainkan lagu kontemporari dan memberi nafas baru pada lagu dengan meninggalkan identiti muzik itu sebagai milik kita. Bagaimana orang akan membezakan muzik tradisional kita nanti.Kita boleh berganjak kepada sedikit kontemporari namun ciri-ciri asal seni permainan tidak patut dilupakan. Saya tdak berpendapat golongan muda tidak berminat kerana ia membosankan. Namun kerana kurangnya pendedahan dan martabat seni itu di kalangan rakyat Malaysia sendiri.
Memang benar apa yang dikatakan oleh saudari syitahbuang. Sebarang bentuk perubahan sama ada dari segi gubahan kontemporari, penambahan alat muzik moden mahupun kostum ensemble ini perlulah SENADA dan SEIRING dengan PENGEKALAN CIRI-CIRI ASAL ensemble muzik tradisional ini supaya muzik tradisional Melayu tanah air ini dapat terus dihargai oleh golongan muda demi melestarikan ensemble muzik tradisional yang menjadi lambang keunikan negara kita.
PC:Saya sangat bersetuju dengan pernyataan diatas,Muzik gamelan dan caklempong perlu diberi nafas baru, saya yakin dengan perubahan yang dilakukan dari segi gubahan lagu,penambahan alat dan kostum akan menarik minat golongan muda untuk meminati alat ini. Ini terbukti pada alat-alat muzik tradisional masyarakat cina di China,apabila Taiwan Traditional Chinese Orchestra Competition diadakan disana dan ia telah mendapat sambutan ,bukan sahaja dari golongan muda malah telah mendapat sambutan yang hangat dari seluruh dunia. Disana mereka telah memasukkan alat-alat muzik tradisional mereka kedalam orkestra dan memainkan lagu-lagu popular.
PB-Juster- Sekiranya kita kata remaja semakin berminat jika kita menambah elemen jazz di dalam gubahan kita mengapa muzik jazz di negara kita tidak diminati. Pergilah ke mana-mana, ada golongan muda yang menyanyikan lagu jazz di konsert? Ada artis muda yang membawa lagu jazz sebagai genre pilihan mereka? Perubahan yang sedikit amat bagus, namun kekalkan ciri-ciri asal yang ada agar orang tahu itu muzik kita. Golongan remaja memang berminat dengan sesuatu yang kontemporari, namun kita sebenarnya harus mendidik mereka untuk turut menyayangi nilai warisan kita. Menghargai dan menyanjung tinggi seni kita dan memajukannya lagi untuk ke depan. Gubahan kontemparori boleh dibuat dan saya juga menggalakkan, tetapi untuk menambahkan koleksi lagu itu dan memudahkan ia diterima masyarakat. Namun tanpa mengekalkan ciri-ciri asal, maka identitinya akan semakin hilang.
PC: Saya bersetuju dengan kenyataan di atas kerana dengan pembaharuan yang dibuat generasi muda sekarang lebih mudah menyesuaiakn diri dengan muzik tersebut. Apabila muzik ini dikontemporarikan banyak lagi idea baru dapat diterbitkan manakala ingatan generasi sekarang lebih kuat dengan nafas baru yang diberikan.Hal ini dapat dilihat dengan penstrukturan baru lgu lama kepada lagu baru kerana inilah alternatif baru yang dapat dibentuk dalam pembinaan muzik tersebut. Ini kerana, jika terlalu mengunakan alatan tetap tp tiba-tiba rosak maka dengan keadaan yang terdesak untuk menghiodupkan majlis kita kena cari jugak benda yang mengeluarkan bunyio tersebut maka alternatifnya gendang boleh jadi drum, gambang boleh jadi xylofon dan sebgainya.
PB-Ingin saya tegaskan skop atau pandangan saya ialah perlunya pembaharuan tanpa mengekalkan ciri asal. Diharap semua akan memahami skop persoalan saya disini agar tidak berlaku sebarang kekeliruan.
PB-saya ingin menegaskan di sini, bahawasanya saya tidak bersetuju dengan pernyataan di atas. Ini adalah kerana tiada lagi keaslian dan ketradisionalan bagi sesebuah ensemble muzik tradisional gamelan dan caklempong itu. Malahan, kenapa perlu membuang ciri-ciri asal ensemble berkenaan hanya untuk menarik minat generasi muda sahaja.Pada pandangan saya,seharusnya para generasi muda sepatutnya didedahkan tentang keaslian ensemble berkenaan.barulah mereka lebih menghargai dengan lebih mendalam terhadap muzik tradisional gamelan dan caklempong.Ini merupakan identiti asal kepada ensemble tersebut.saya menentang dengan keras terhadap pernyataan di atas "tanpa mengekalkan ciri-citi asal ensemble berkenaan".Lebih baik kita memuliakan dari kita membuat perubahan yang mencemarkan keaslian muzik gamelan dan caklempong.
PB-Juster: Adakah saudara Juster merasakan tanpa mengekalkan ciri-ciri asal ensemble gamelan dan caklempong boleh dianggap sebagai mewarisi khazanah?? Sila hujah...
PB - Kenyataan di atas sangat tidak relevan kerana,kita sendiri dapat lihat bahawa Ensemble ini merupakan Ensemble Muzik Tradisional yang kita ada. Seharusnya ketradisionalan di dalam ensemble ini harus dikekalkan bukan ditokok tambahkan. Hal ini kerana, keaslian di dalam kesenian muzik tradisional gamelan dan caklempong inilah yang akan menggambarkan identiti kita kelak. Keaslian di dalam ensemble inilah yang harus diterapkan di dalam jiwa generasi muda pada masa kini supaya ia tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Sekiranya pembaharuan yang diterapkan di dalam ensemble ini maka generasi muda pada masa kini tidak lagi tahu di manakah keaslian di dalam muzik tradisional yang kita miliki.
PC-Christine: Bagi pendapat saya, ia masih menjadi satu khazanah. Apa yang penting disini ialah kita perlu pastikan muzik gamelan dan caklempong tidak akan pupus ditelan zaman. Semua orang sudah maklum akan sejarah dan asal-usul kedua-dua jenis muzik tradisional tersebut. Dan yang pasti sejarah tidak akan pernah berubah malah tetap akan diingat sampai bila-bila. Mengubah ciri asal muzik gamelan dan caklempong kepada gubahan kontemporari tidak akan mengubah sejarah malah terus menguatkan muzik ini di mata dunia. Perbincangan di ruangan ini ialah bukan untuk mengubah sejarah tetapi cuma mengubah ciri-ciri muzik gamelan dan caklempong kepada kontemporari. Oleh itu, saudari kena memahami ciri-ciri kedua-dua jenis muzik tadi. Dan yang pasti, perkara yang hendak diberi nafas baharu ialah kepada gubahan muzik tersebut. Justeru, sejarah adalah khazanah yang tidak akan pernah berubah.
PB- saya amatlah tidak bersetuju dengan kenyataan di atas. Ini disebabkan sebarang perubahan yang dibuat keatas Ensembel tradisional kita dengan menggubah atau menokok tambahnya, akan memberi kesan pada keasliannya. Sebagai contoh, jika penambahan alat muzik moden dilakukan,kemana perginya keaslian muzik tradisional kita.Dan cuba kita fikirkan, adakah dengan gubahan atau penambahan alat muzik yang moden ini, benar benar dapat menarik minat golongan muda dalam muzik ini?Saya tekankan sekali lagi, ciri-ciri asal ensembel Gamelan dan Caklempong perlu dikekalkan.
PC-redzuan: saya kurang bersetuju dengan saudara redzuan. realiti remaja sekarang tidak berminat dengan muzik tradisional. jadi, dengan mengubah ciri kedua-dua jenis muzik gamelan dan caklempong kepada kontemporari akan menarik golongan muda meminati muzik tersebut. Sekiranya dengan irama asal serta alat muzik yang asal tanpa sebarang penambahan, ia agak sukar untuk bersatu dengan jiwa remaja. kesannya remaja lebih gemar genre muzik yang setara dengan umur mereka.
PB-syafiqa:saya menyokong hujahnya, keaslian muzik caklempong dan gamelan perlu dikekalkan agar memastikan muzik ini tidak hanyut ditelan zaman.Ia adalah warisan.
PC: Saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini kerana pembaharuan kepada ensemble muzik tradisional cak lempong dan gamelan akan lebih menarik minat golongan muda pada hari ini yang pada pandangan saya semakin bijak menilai kategori seni dalam negara kita. Pembaharuan yang dibuat ini sebenarnya bukanlah untuk menenggelamkan terus nilai kesenian asal ensemble-ensemble ini sebaliknya memberi sedikit suntikan baru yang bersesuaian dengan arus peredaran zaman. Selagi nama asalnya tidak diubah kepada nama moden, saya kira generasi muda hari ini masih lagi boleh menerima pembaharuan tersebut. Lagipun, di zaman teknologi maklumat berada di hujung jari sesiapa sahaja ini, tidak akan timbul persoalan generasi muda tidak boleh membezakan antara muzik asli atau muzik yang telah diubahsuai.
Pada pandangan saya lagi, sekiranya pembaharuan ini berjaya dilakukan, kita boleh menjual nama Malaysia di mata dunia dengan satu lagi jenis muzik kontemporari yang saya kira pasti akan menarik perhatian seluruh dunia. Di samping itu, secara tidak langsung kita boleh mengeluarkan dan memperkenalkan bakat-bakat baru yang selama ini hanya bermain alat muzik di kampung-kampung sahaja. Mungkin ada di antara mereka mempunyai kebolehan yang lebih dari yang mereka ada dan mereka sendiri tidak tahu jika tidak di gilap.
Akhir sekali, saya kira adalah lebih baik jika generasi muda hari mengetahui dan meminati ensemble cak lempong dan gamelan yang telah di modenkan dari mereka tidak tahu langsung tentang muzik tradisional jenis ini kerana pada mereka muzik sebegini tidak sesuai dengan jiwa mereka. Secara tidak langsung, bila telah dimodenkan, mereka mungkin akan berminat untuk bermain alat muzik tambahan seperti gitar.
PB-Juster:berbalik pada kenyataan di atas "tanpa mengekalkan ciri-ciri asal ensemble" .Dari kenyataan ini, perlu diingatkan kita harus mengekalkan keasliannnya disamping itu menarik minat generasi muda dengan ciri asal muzik ini. Jadi pelbagai pendekatan boleh dilakukan kepada generasi muda untuk menarik minat mereka pada muzik ini. contohnya dengan mengadakan bengkel,kursus tradisional dan sebagainya.
PC-Juster dan pc- Dillah: saya amat bersetuju dengan kenyataan anda ini kerana tanpa pembaharuan manusia tidak akan maju. tanpa nafas baru khazanah menjadi lapuk dan ketinggalan. Hal ini boleh dirujuk juga kepada muzik world zaman sekarang di mana mereka menjadi universal dengan adanya penambah baikan dari segi kostum, penambahan alat dan gubahan lagu dengan itu muzik tersebut boleh menjadi rujukan pada pembaharuan muzik gamelan dan caklempong.
PC-redzuan: Contoh yang paling dekat ialah di sekolah. Jika pelajar diberi pilihan antara muzik gamelan/caklempong atau muzik kontemporari, peratusan memilih muzik kontemporari berkemungkin lebih tinggi. Adalah peranan kita hendak menarik minat golongan pelajar sekolah tadi kepada muzik gamelan/caklempong. cara terbaik ialah dengan mengubah kostum, penambahan alat muzik, dan gubahan lagu-lagu kontemporori. Ini merupakan salah satu pendekatan terbaik untuk memupuk semula irama yang kurang diminati kepada yang diminati.
PB-redzuan: Saya sangat setuju pandangan redzuan. Tidak semestinya dengan mengubah keaslian muzik ini kita mampu untuk menarik minat remaja. Bagi saya, biarlah kita kekalkan sahaja keaslian muzik tersebut dan cuba gunakan kaedah lain untuk menarik minat remaja seperti yang di perkatakan oleh redzuan.
PB-redzuan: salam, saya juga sangat bersetuju dengan hujah yang dikemukan oleh En.redzuan dengan mengekalkan keaslian muzik (gamelan & caklempong) tersebut. Sedia maklum kita sebagai penggiat seni seharusnya mengekalkan serta memikirkan bagaimana untuk mengekalkan keaslian muzik tersebut. sekiranya tidak, dimanakah keaslian seni yang ada dan cuba diterapkan dalam muzik gamelan dan caklempong itu kepada kita? Ya, itu kita tidak tahu ya saudara.Dan pencarian sesuatu identiti keaslian muzik itu akan???
PB-ashari:..akan menjadi sukar. Ini kerana kita sepatutnya menjadi penerus kepada warisan yang menjadi khazanah sejak berzaman dari dulu lagi dengan mengekalkan keaslian yang sedia ada. Terima kasih ashari diatas sokongan anda.
PC-redzuan : memang betul kita sebagai orang melayu mesti mengekalkan warisan yang menjadi khazanah kita, tetapi cuba saudara fikir, masih adakah golongan muda yang masih lagi hendak mengiatkan diri lagi dalam bidang ini, dan hal ini tidak salah jika pihak-pihak tertentu hendak melakukan perubahan dalam muzik berkenaan bertujuan untuk menarik minat golongan muda sekarang.
PB-Pada pendapat saya, Muzik Gamelan mahupun Muzik Caklempong harus dikekalkan identitinya. Ini bermaksud pemodenan muzik tradisional ini sememangnya hanya merosakkan keaslian muzik tradisional ini. Hal ini pernah dijadikan isu oleh segelintir pihak tidak lama dahulu namun usul ini dikatakan tidak berasas sama sekali.
Kita seharusnya berfikiran jauh dalam hal ini. Jika muzik tradsional ini dimodenkan, adakah generasi akan datang mengetahui versi yang asli dalam muzik ini? Sedangkan muda mudi pada zaman sekarang ini tidak meminati muzik tradisional samada mempelajari dan jauh sekali memainkannya, apatah lagi muda mudi pada masa akan datang? Mereka tidak akan meminati dan jauh sekali menyelidiki asal usul muzik tradisional ini jika dimodenkan. Mereka hanya tahu memodenkan dan terus memodenkan muzik ini sejajar dengan kepesatan teknologi yang semakin maju.
Kita sepatutnya malu dengan negara Barat yang mana mereka lebih menghargai muzik tradisional yang kita ada daripada kita sendiri. Contohnya lebih ramai orang Barat yang mengkaji dan mempelajari muzik tradisional kita seperti Gamelan. Malah mereka boleh memainkan alat muzik tradisional ini berserta dengan tariannya. Mengapa mereka (Barat) lebih berminat dengan muzik tradisional kita? Jika dilihat dari segi kepesatan teknologi, negara mereka jauh lebih maju dari negara kita. Sebenarnya, muzik tradisional kita mempunyai banyak daya tarikan yang kita sendiri tidak sedari. Hanya mereka yang mengkaji secara mendalam yang tahu apakah keistimewaan muzik tradisional yang kita ada.
Bak kata pepatah, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Maksudnya, dengan pemodenan muzik tradisional belum pasti lagi dapat menarik minat generasi kini tetapi keaslian muzik itu telah hilang akibat pemodenan tersebut. Fikir-fikirkanlah..
PB-Wan: saya tidak bersetuju dengan kenyataan anda. Gubahan lagu tradisional ke arah lebih moden tidak semestinya dapat menarik minat golongan muda-mudi kini. Selain daripada merosakkan keaslian lagu, tindakan ini hanya membuat generasi akan datang lebih hanyut dan melupakan keaslian yang sebenar muzik tradisional kita.
PB-niq89: Saya sama sekali tidak setuju dengan pernyataan anda. Jika dengan gubahan lagu tradisional lebih kepada kontemporari dapat menarik minat golongan muda-mudi, adakah mereka akan menghayati muzik tradisional ini sama seperti penghayatan orang tua dan nenek moyang kita dahulu? Saya rasa tidak. Golongan muda mudi hanya tahu menghayati muzik ini lebih kepada hiburan bukannya menghargai kesenian muzik tradisional yang telah dikekalkan sekian lama. Lebih parah jika golongan ini membuat tarian kontemporari ekoran pemodenan gubahan lagu tradisional, maka tarian muzik tradisional akan terus dilupakan. Pemodenan muzik tradisional ini bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik untuk masalah ini.
PB-Wan: Harus diingat bahawa kata dasar bagi 'PEMBAHARUAN' ialah 'BAHARU' yakni sesuatu yang baru. Jika pembaharuan dilakukan pada muzik tradisional kita, ini bermakna muzik itu bukan lagi yang asli. Struktur apakah yang anda maksudkan? adakah dari segi struktur lagu atau alat muzik yang digunakan? Jika struktur yang dimaksudkan hanyalah dari segi alat muzik, maka keaslian dari segi lagu atau repertoire telah hilang. Jika dari segi struktur lagu pula yang dikekalkan, semuanya itu adalah sia-sia jika alat muzik yang digunakan bukan lagi alat muzik tradisional yang asli.
PB-Amirulah: saya tidak bersetuju dengan kenyataan anda. Jika kita lihat pada masa kini terdapat banyak kebudayaan baru yang timbul dalam kalangan muda mudi kita. Memang tidak dapat dinafikan ada antaranya yang menunjukkan hasil yang kreatif dan menarik tetapi budaya seperti ini banyak ditambah lagi budaya dari luar yang dibawa masuk ke negara kita. Budaya tradisional kita juga banyak tetapi hanya sedikit yang dapat dikekalkan. Jika muzik tradisional yang tinggal ini juga dimodenkan, di manakah lagi muzik tradisional yang boleh kita banggakan? Muzik tradisional apa lagi yang kita boleh wariskan kepada generasi yang akan datang? Selain itu, jika dilihat pada budaya asing yang menular dalam kalangan muda mudi masa kini, budaya tersebut tidak boleh bertahan lama walaupun ada ketikanya menjadi kegilaan muda mudi. Nasib yang sama juga akan menimpa muzik tradisional kita jika dimodenkan. Harus difikirkan bahawa kemungkinan besar ianya hanya dapat menarik golongan muda mudi buat sementara waktu dan selepas itu, ianya akan terus dilupakan.
PB-Noorzarina: saya tidak bersetuju dengan anda. Jika pembaharuan dilakukan dalam muzik tradisional kita, maka hilanglah keasliannya. Pembaharuan ini bukanlah satu penyelesaian yang baik untuk menarik perhatian golongan muda mudi kini bagi mendekati muzik ini. Banyak lagi cara lain seperti menerbitkan lebih banyak buku dan jurnal tentang kesenian muzik tradisional kita. Selain itu, persembahan muzik tradisional ini boleh dibuat secara besar-besaran dengan bantuan publisiti daripada pihak media. Kempen-kempen kebudayaan juga boleh dijalankan bagi menyedarkan golongan muda mudi kita yang semakin melupakan muzik tradisional ini. Jalan penyelesaian seperti pembaharuan dalam muzik tradisional ini hanya akan merosakkan keaslian dan merumitkan keadaan serta kedudukan muzik tradisional ini.
Jika dilihat pada masa kini, pelancong dari luar lebih tertarik kepada benda yang asli. Malah golongan Barat lebih banyak mengkaji muzik tradisional kita daripada golongan kita sendiri. Ada di antara mereka yang mempelajari muzik ini berserta tariannya. Ini kerana mereka melihat bahawa muzik tradisional kita mempunyai keunikan yang tersendiri. Jika kita membaharui muzik tradisional kita, belum pasti lagi kita boleh menarik pelancong datang ke negara ini kerana di tempat mereka sendiri (Barat) sudah mempunyai muzik yang lebih moden.
PB-Juster: saya tidak bersetuju dengan kenyataan anda. Gubahan kontemporari dalam muzik tradisional kita seperti Gamelan dan Caklempong tidak semestinya mendekatkan muzik ini dengan masyarakat. Pembaharuan seperti ini hanya merugikan dan mensia-siakan usaha ibu-bapa dan nenek moyang kita yang telah mempertahankan keaslian muzik ini sekian lama. Sepatutnya kita lebih mudah mengekalkan keaslian muzik tradisional ini kerana kita berada di zaman yang serba canggih. Dengan kemudahan teknologi yang semakin berkembangkan ini, kita sepatutnya lebih mudah mempengaruhi golongan muda mudi untuk meminati muzik tradisional bukannya dengan merosakkan lagi keaslian yang ada.
PB-Sumiran: Saya tidak bersetuju dengan pendapat anda. Pembaharuan muzik tradisional ini bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah ini. Anda sepatutnya meneliti kenapa muzik tradisional tidak diminati oleh golongan muda mudi. Menurut kajian yang telah dijalankan, kebanyakan golongan muda mudi kini tidak meminati muzik tradisional kerana kurangnya pendedahan terhadap muzik ini dan bukannya kerana struktur lagu tradisional tersebut. Oleh itu, ternyata terang lagi bersuluh bahawa pembaharuan bukanlah jalan penyelesaian yang dikehendaki. Pendedahan muzik tradisional ini kepada golongan muda mudilah yang perlu dipergiatkan. Kekurangan pengetahuan tentang muzik tradisional ini menyebabkan golongan muda mudi tidak meminati muzik ini. Oleh itu, kita sebagai bakal pendidik harus memberi pengetahuan kepada anak murid kita mahupun rakan-rakan kita tentang muzik tradisional ini. Dengan pengetahuan ini, maka mereka bolehlah menghargai dan menghayati muzik tradisional yang semakin dilupakan ini. Knowledge makes music universal! Janganlah menjadi perosak kepada muzik tradisional dengan pembaharuan yang sia-sia.
PB: saya amat bersetuju dengan Kenyataan yang diberikan oleh marlin, ini kerana jika kita tidak berpengetahuan bagaimana kita hendak mengajar orang lain ianya boleh di ibaratkan seperti emak ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus..selain itu untuk mendedahkan permainan ini adakah ianya secara menyeluruh atau hanya sekadar hangat - hangat tahi ayam sahaja. untuk membuat pembaharuan ini kita perlu menguasai yang asas terlebih dahalu, ini yang asas pun kelaut inikan hendak membuat sesuatu yang lebih mencabar.
PC:Saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini kerana jika kita perhatikan susur galur sejarah gamelan dan caklempong,kedua-duanya telah mengalami perubahan sesuai mengikut zamannya.Sebagai contoh,gamelan Melayu telah berevolusi sedikit demi sedikit apabila berhijrah dari Riau hinggalah ke Terengganu.Struktur lagu-lagu yang dimainkan telah berubah dan ciptaannya lebih menarik.Pada masa kini,saya yakin dengan gubahan kontemporari serta penambahan kostum malahan gerak tari kontemporari mampu menarik minat anak-anak muda untuk mengenali kesenian muzik gamelan dan caklempong dengan lebih mendalam.Jika kita lihat dengan teliti,masyarakat di seluruh dunia telah mula menghargai muzik gamelan dan caklempong dan berupaya memainkannya dengan amat baik dan diselitkan unsur-unsur kontemporari yang saya kira telah berjaya mendekatkan tradisi asal gamelan dan caklempong dengan dunia baru masa kini.Sebagai contoh,saya telah menghadiri Festival Gamelan Sedunia baru-baru ini di Kuala Terengganu,dan kebanyakkan kumpulan-kumpulan gamelan dan caklempong yang datang dari serata dunia telah memasukkan unsur kontemporari yang ketara dalam pemainan muzik mereka seperti unsur jazz,blues,dan pop.Sambutan yang diterima dari para penonton dan pengunjung pula amat meriah serta menggalakan.Ini menunjukkan bahawa unsur-unsur kontemporari tidak dapat dinafikan penggabungannya dengan tradisi gamelan dan caklempong.Generasi muda juga sudah pasti akan lebih berminat dan ingin mendalami genre kesenian muzik sebegini yang mengadunkan muzik tradisi dan kesenian dunia baru.
PB - Saya amat tidak setuju dengan kenyataan diatas yang amat tidak relevan dan kurang berasas.Pengekalan ciri-ciri asal dan nilai keaslian adalah tunjang utama kepada Kesenian khazanah turun temurun ini.Sekiranya pelbagai aspek dinodai dan diubahsuai khususnya dari aspek kostum, penambahan alat dan gubahan kontemporarinya, maka nescaya tinggalan nenek moyang yang cukup bernilai ini hanya menjadi tinggalan sejarah dan akan hanyut di angin lalu.
PC-Marlin:Saya tidak bersetuju dengan pendapat saudari Marlin berhubung dengan keaslian dan ciri-ciri asal muzik gamelan dan caklempong yang dimainkan oleh orang Barat serta di serata dunia.Jika kita teliti dengan sebenarnya,gamelan dan caklempong yang mereka(merujuk kepada Barat)mainkan sudah jauh berbeza berbanding dengan apa yang kita mainkan di Malaysia mahupun di Indonesia.Ciri-ciri asal kesenian muzik gamelan dan caklempong yang mereka mainkan telah dipengaruhi hampir 80% muzik kontemporari,baik dari segi instrumen yang digunakan,gubahan lagu,malah cara memainkan instrumen asal itu sendiri(gamelan dan caklempong).Melalui pemerhatian saya terhadap video-video orang-orang Barat yang memainkan gamelan,ada yang memainkan gong dan bonang menggunakan telapak tangan sahaja,yang jauh berbeza dengan cara pemainan asal gamelan.Gubahan lagunya pula amatlah berbeza,yakni gubahan yang memasukkan ciri-ciri muzik moden seperti muzik jazz dan pop.Didapati pada masa kini juga,pemainan caklempong juga banyak memainkan lagu-lagu popular masa ini.Konklusinya arus perubahan berdetik ke hadapan,dan setiap masa berlalu,begitu juga dengan apa yang ada di sekelilingnya.Apresiasi terhadap tradisi memang penting,yang saya ingin tekankan,kita bukanlah melenyapkan tradisi muzik gamelan dan caklempong,kita hanya menerapkan unsur moden agar ia mampu bergerak seiring dengan kemajuan pada masa ini.Kontemporari tidak dapat dinafikan kewujudanya dalam muzik tradisional,kerana kita sekarang hidup dalam zaman tersebut,dan ia haruslah dapat diterima kewujudannya secara positif.
PC-Tarmizi: Saya tidak bersetuju dengan pandangan saudara Tarmizi.Ingin saya jelaskan bahawa,pengekalan muzik tradisi gamelan dan caklempong tidak akan terjejas dengan adanya sistem pendidikan yang membolehkan para generasi baru mengenal dan memahami serta tidak melupakan ciri asal kesenian muzik tersebut.Ini bermakna gamelan kontemporari dan caklempong kontemporari bukanlah penamat bagi tradisi gamelan dan caklempong yang asal,ia cuma satu cabang baharu dan ia hanya mahu bergerak seiringan dengan kesenian asalnya.Sebagaimana kita melihat berkembangnya aliran muzik baru yang mempunyai genre tersendiri,begitulah juga dalam dunia gamelan dan caklempong.Sebab itulah wujudnya institusi pendidikan,akademi-akademi dan sebagainya,yang membolehkan tradisi asal kesenian muzik ini dihargai dan terus hidup,disamping genre baru yang telah dicetuskannya,iaitu gamelan dan caklempong kontemporari.Pada pendapat saya,tidak salah kedua-duanya wujud,kerana ia merupakan kesinambungan seni muzik yang amat berkait rapat dan saling memerlukan satu sama lain.
PB: Sebagai anak melayu, sebagai pewaris bangsa, sebagai peneraju pendidik di masa hadapan, saya secara jujurnya tidak bersetuju apabila ensembel muzik ini diberi perubahan dan tanpa perlu mengekalkan ciri-ciri ensembelnya. yang saya tekankan adalah 'tanpa mengekalkan ciri ensembelnya'. Mengapa harus kita beri perubahan sedangkan nilai estetika yang ada pada warisan kita amat bernilai. jika kita katakan, tanpa perubahan, muzik ini akan dilupakan, tidak menarik perhatian remaja. sebenarnya berbalik pada diri kita sendiri, memeng betul kita hidup mengikut aliran zaman, tp jika kita sedar kita anak melayu, salahkah kita sendiri yang perlu mengenali, mencari dan mempelajari muzik tradisional kita. makin kita mngenali, makin kita mempelajari makin kita mengetahui bagaimana yang dikatakan keunikan alat muzik tradisional ini. Pakaian, dengan cerita yang tersendiri, sejarah tersendiri, dan cara permainan tersendiri amat unik dan mempunyai maksud serta keseniannya yang mengagumkan. saya begitu kagum dan 'respek' kpd pelajar yang bukan muzik mengambil subjek ini, kerana apa, kerana mereka cuba belajar dan mngetahui apa itu muzik trasional kita. Makin kita belajar, makin kita tahu kehebatan muzik itu. oleh itu, bagi pendapat saya, kesenian dan keaslian setiap ensembel muzik tradisional perlu dijaga, kerana dengan adanya perubahan, itu bukan lagi warisan kita. lebih baik mencipta sesuatu yang baru dari mencemari keaslian muzik yang aslinya diperturunkan oleh nenek moyang kita sendirit. =)
PB-Garry: saya tidak bersetuju dengan kenyataan anda. Jika dilihat pada video yang ada di youtube sahaja, memang kita boleh lihat bahawa orang barat telah memajukan muzik tradisional kita malah ada di antara mereka yang menerapkan unsur-unsur moden. Tetapi itu hanyalah dari sudut pandangan yang kecil sahaja. Jika kita lihat dari segi penulisan buku atau jurnal, orang barat lebih banyak menerbitkan buku tentang kesenian kita termasuklah gamelan dan caklempong. Ini adalah kerana mereka lebih mengkaji kesenian ini berbanding kita. Persoalannya, mengapa? Pada pendapat saya, mereka mengkaji kesenian ini kerana adanya keaslian dan tarikan yang tersendiri dalam muzik ini. Jika muzik tradisional ini dimodenkan, saya rasa mereka hanya memandang tradisi ini dengan sebelah mata kerana di tempat mereka terdapat banyak lagi kesenian yang telah dimodenkan.
Seperti yang saya katakan di atas bahawa orang Barat lebih mengutamakan keaslian muzik tradisional kita. Bukti yang kukuh kita boleh lihat melalui penerbitan buku "A Gamelan Manual" yang ditulis oleh Richard Pickvance menunjukkan bahawa mereka telah mengkaji kesenian gamelan dan berusaha untuk memelihara kesenian ini daripada pupus dengan penerbitan buku ini.
Kesimpulannya, tidakkah kita malu dengan orang barat di luar sana dengan keadaan ini? Mereka berusaha sedapa upaya untuk mengekalkan tradisi ini tetapi kita pula cuba untuk memodenkan muzik tradisional yang belum pasti dapat menarik perhatian muda-mudi pada masa kini.
PB-Pembangkang : Saya menyokong sepenuhnya hujah-hujah yang dikemukakan oleh barisan pembangkang-pembangkang kita. Kita sememangnya harus mengekalkan keaslian muzik tradisional kita supaya kita dapat menunjukkan identiti kita yang tersendiri. Sekiranya kita asyik terbawa-bawa oleh pengaruh Barat dan mengikut perubahan yang drastik di dunia ini, suatu hari nanti pasti identiti kita akan pupus. Percayalah.......... Mengapa kita mesti megubahsuai muzik kita untuk menarik minat orang ramai sedangkan muzik yang asli itulah yang paling sedap didengar? mengapa kita harus terikut-ikut dengan budaya barat? sekiranya kita begitu suka mengikut budaya barat, bayangkanlah sekiranya cara pemakaian kita juga mengikut mereka. contohnya kostum untuk bermain gamelan dan cak lempong. adakah kita perlu memakai pakaian yang seksi dan menjolok mata untuk menarik perhatian orang ramai? di manakah budaya kita yang asal? sekiranya ini berlaku, kita akan menjadi sama seperti mereka dan perkara ini akan menjadi suatu yang biasa kepada mereka. tidakkah anda semua tahu bahawa manusia mempunyai satu sikap yang sangat pelik. mereka akan bosan dengan sesuatu benda yang biasa mereka tengok. oleh itu, bagi menonjolkan keistimewaan muzik tradisional kita dan menarik minat orang ramai, kita harus mengekalkan muzik asli kita yang dianggap paling menarik sekali supaya orang ramai mempunyai rasa "segar" terhadap muzik kita.
PB-Garry: Saya sekali lagi tidak bersetuju dengan kenyataan anda. Adakah dengan sistem pendidikan yang ada sekarang ini dapat mengekalkan keaslian muzik tradisional ini? Saya rasa tidak. Hal ini sama seperti kita hanya mengajar "Teori" tetapi bahagian "Amali" pula dilupakan. Maksud saya ialah, jika muzik tradisional ini dimodenkan, dan hanya mengekalkan keaslian melalui pendidikan, maka anak murid kita hanya sekadar tahu tentang muzik ini tetapi tidak dapat menghayati keaslian muzik yang sebenar kerana hakikatnya muzik tradisional ini telah dimodenkan.
Jika kita lihat dengan lebih jauh, kepupusan muzik tradisional ini bukanlah berpunca dari kekurangan minat di kalangan muda mudi kita tetapi kepupusan ini berpunca daripada pemodenan muzik tradisional yang disangkakan dapat menarik perhatian golongan muda mudi kini.
PC-PB2 sekalian ehemmm....pnjang sungguh hujah untuk saya. saya agak terlewat untuk membalas hujah anda semua kerana masalah teknikal internet di Kolej saya seharian tidak dapat "connect". untuk pengetahuan PB2 semua, kita sekarang di alam pemodenan dan dan celik kepada pembaharuan pembangunan. maka tidak salah jika kita mengubah ensembel asli kita. Bagi pandangan saya jika pembaharuan dilaksanakan dalam muzik kita sekarang adalah amat dibanggakan kerana kita dapat melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif seperti yang diutarakan oleh en Amirul.dan sekiranya kita tidak melakukan sedemikian sampai bila tahap muzik kita tidak dapat berkembang pesat. khususnya untuk mendekati pelancong2 luar terhadap muzik kita dengan GABUNGAN muzik tradisi dan komtemporari. Untuk tontonan PB2 sekalian harap terhibur bila anda melayari video di link ini... :)http://www.youtube.com/watch?v=DVj-9MRDnUw&feature=related
PB-Juster: Saudara Juster,satu khazanah bermaksud sesuatu keasliannya masih dikekalkan dan tidak dihapuskan semata-matanya. Sejarah gamelan dan caklempong akan beransur dilupakan jika keasliannya tidak dikekalkan kerana tidak diamalkan dan nilai estetika yang asli tidak mempunyai warisnya.
PB-Noorzarina: saya tidak bersetuju dengan kenyataan anda. Pemodenan dan proses mengubah ensembel asli kita seperti gamelan dan caklempong bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Pembaharuan ini sememangnya dapat melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif tetapi bukan dilakukan ke atas muzik tradisional kita. Ada banyak lagi saluran lain yang boleh mengetengahkan bakat-bakat ini. Selain itu, kita selalu menganggap bahawa dalam budaya moden ataupun kontemporari sahaja golongan muda boleh mengetengahkan bakat dan kekreatifan tetapi jika dilihat lebih jauh, sebenarnya budaya tradisional kita yang asli adalah lebih menonjolkan kekreatifan yang sebenar. Muzik tradisional kita adalah jauh lebih kreatif daripada muzik yang telah dimodenkan.
PB-Justser: Jika muzik tradisional kita dimodenkan, muzik ini bukan lagi dianggap sebagai khazanah. Jika muzik tradisional dimodenkan, maka kita tidak perlu lagi mewariskannya kepada generasi yang akan datang kerana tahap pemodenan pada masa akan datang adalah lebih maju berbanding pada masa kini. Muzik yang telah dimodenkan berlambak pada masa itu dan muzik tradisional akan pupus begitu sahaja.
PB-niq89: Saya tidak bersetuju dengan pernyataan anda. Adakah anda pernah bertanya mengapa pemodenan atau pembaharuan ini ingin dilakukan oleh segelintir pihak? Jika kita lihat dari sudut penghayatan, sebenarnya pihak yang ingin memodenkan muzik tradisional ini tidak tahu menghayati muzik tradisional yang sebenarnya. Mereka hanya menganggap bahawa muzik ini hanyalah sebagai hiburan semata-mata. Atas dasar itulah mereka cuba untuk membuat pembaharuan yang dikatakan boleh menarik minat golongan muda-mudi. Jika muzik tradisional ini dimodenkan, dapatkah lagi generasi yang akan datang menghayati keaslian sebenar muzik ini?
Untuk pengetahuan anda, muzik tradisional kita ini bukanlah hiburan semata-mata. Muzik ini merupakan identiti kebangsaan yang dipertahankan sejak sekian lama. Muzik tradisional kita ini merupakan wadah pembentukan budaya nasional yang mana dulunya merupakan tempat untuk masyarakat tradisional menyalurkan idea budaya bangsa. Selain itu, ianya juga melambangkan masyarakat Malaysia itu sendiri.
Terdapat banyak lagi fungsi muzik tradisional yang sebenar selain daripada hiburan yang menyokong kenyataan bahawa muzik ini perlu dipelihara keasliannya.
PB-Salwa: saya tidak bersetuju dengan kenyataan anda. Sebenarnya sikap rakyat Malaysia sendirilah yang menjadikan muzik tradisional kita semakin lapuk dan ketinggalan. Atas dasar sifat 'kemodenan' inilah juga yang menyebabkan muzik tradisional kita semakin dilupakan. Kononnya pembaharuan dan pemodenan boleh menarik perhatian tetapi jika kita lihat muzik tradisional negara lain seperti Negara Jepun contohnya, mereka jauh lebih maju dan canggih daripada negara kita, tetapi semangat tradisional yang mereka warisi sejak turun temurun tidak pernah luntur malah menjadi tonggak utama yang menyemarakkan semangat untuk terus maju. Bukannya dengan memperbaharui apa yang mereka ada.
PB-DILLAH: Saya tidak bersetuju dengan kenyataan anda bahawa dengan adanya teknologi (maklumat di hujung jari) sekarang ini, golongan muda mudi masih boleh mengetahui warisan seni muzik tradisional kita yang asli. Sepatutnya dengan adanya teknologi yang serba canggih ini, kita lebih mudah untuk mengekalkan keaslian muzik tradisional. Sedangkan masyarakat tradisional sebelum ini dapat mengekalkan keaslian muzik tradisional sehingga kini, takkanlah kita yang berada di zaman moden ini tidak mampu meneruskan usaha itu?
PB-EDDIE: Saya bersetuju dengan pandangan cik marlin..Ensembel gamelan dan caklempong merupakan salah satu identiti masyarakat yang harus dipertahan. Ensembel ini merupakan budaya masyarakat kita yang telah diwaririsi sejak turun temurun. Oleh itu pengekalan haruslah dilakukan bukan sahaja dari aspek alat muzik, kostum malah fungsi utama ensembel ini. Hal ini kerana keaslian ensembel akan lebih memperlihatkan nilai estetika yang terkandung dalam ensembel ini.
Tidak dinafikan lagi, usaha untuk mencari pewaris kepada muzik tradisional dalam era atau zaman moden ini adalah sesuatu perkara yang sukar. Namun pernyataan memodenkan esembel alat muzik melalui gubahan kontemporari, penambahan alat muzik moden dan kostum tanpa mengekalkan keaslian esembel ini bukanlah jalan penyelesaian untuk menarik golongan muda. Hal ini kerana, kekreatifan mungkin akan menghakis identiti dan budaya bangsa yang selama ini dipertahankan. Disamping itu,esembel ini akan menjadi hiburan semata-mata tanpa menghayati sejarah dan estetika yang terdapat dalam ensembel ini. Oleh itu, menarik minat golongan muda dengan memodenkan atau mengubah struktur keaslian muzik traisional ini bukanlah satu penyelesaian terbaik.
"Ensembel Muzik Tradisional Gamelan dan Caklempong di Malaysia perlu diberi nafas baru iaitu dari segi gubahan kontemporari, penambahan alat muzik moden dan kostum untuk menarik golongan muda meminatinya tanpa perlu mengekalkan ciri-ciri asal ensembel berkenaan."
PC: Saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini kerana bagi menarik minat golongan muda ini, ensembel muzik ini perlu digubah mengikut kesesuaian zaman
PC: Saya bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Noorzarina. Bagi saya untuk mencapai sesuatu kemajuan mengikut zaman, kita perlulah berfikiran di "luar kotak" jangan membataskan kemampuan@kreativiti dengan menyempitkan pemikiran terhadap sesuatu perkara. Begitu juga dengan muzik gamelan dan caklempong, kita tidak perlu terikut-ikut dengan muzik yang ada di barat dengan menjulang tinggi muzik mereka. Kita hanya perlu lebih "berinovasi" dalam menarik minat golongan muda. Jika kita terus dengan "cara" lama, kita hanya akan dapat menarik minat "orang lama". Persoalannya adakah orang lama yang akan menyambung warisan ini? (Ini tidak bermaksud muzik asal@ warisan dihapuskan terus)
PB- Saya sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan di atas. Muzik asli gamelan dan caklempon harus dikekalkan keasliannya tanpa ada sebarang perubahan dari segi gubahan mahupun instrument yang digunakan.
PB-HASLINA: Memang tidak dapat dinafikan generasi muda kini lebih terikut-ikut dengan lagu atau muzik yang ada di barat. Persoalannya, jika banyak perubahan yang dilakukan ke atas susunan gubahan mahupun penambahan instrument yang lain, di manakah letaknya keaslian muzik tersebut..???
PB-Saya sangat-sangat tidak setuju dengan kenyataan diatas kerana perubahan yang dilakukan akan menyebabkan keaslian muzik gamelan dan caklempong itu akan hilang. Maka generasi yang akan datang hanya mendengar muzik yang telah digubah tetapi muzik gamelan dan caklempong yang asli hanya dibiarkan oleh mereka tanpa tahu asal usul muzik itu sendiri.
PB-Zulhilmi: Betul tu..Jika banyak perubahan yang dilakukan ke atas muzik tersebut, generasi akan datang tidak akan tahu bagaimana bentuk muzik aslinya.
PB..saya bersetuju dengan pandangan pihak PB semua..keaslian nilai esembel gamelan dan caklempong akan lebih terserlah sekiranya ciri-ciri asal ensembel ini dikekalkan..soal mencari pewaris kepada ensembel ini biarlah dengan cara yang betul tanpa mengubah keaslian ensembel ini.
PC-Marlin: Saya kurang setuju dengan kenyataan saudari. Perkataan mengubah ciri kedua-dua muzik ini bukanlah sesuatu yang merosakkan keasliannya. Malah menjadikan ia lebih menarik, dan diminati oleh semua golongan termasuk muda-mudi. Perkataan 'merosakkan' kurang sesuai saudari gunakan. Ini kerana, seolah-olah kita menokok tambah perkara negatif dalam muzik gamelan/caklempong. Mengubah cirinya kepada kontemporari adalah sesuatu yang harus dipandang positif.
PC-Kepada semua pembangkang...Tujuan utama penambahbaikkan muzik gamelan dan caklempong dari segi gubahan,kostum dan alat sekarang ini ialah untuk menarik minat golongan muda..Persoalannya sekarang,adakah dengan mengekalkan keaslian tersebut ia dapat menarik minat golongan muda? Jika keaslian muzik ini dikekalkan tetapi ia tidak mendapat sambutan dan tidak mempunyai pewaris,siapakah yang akan menyambung warisan tersebut?
PC-Saya pasti saudara saudari pernah melihat konsert kemuncak seni kaizen muzika pada 2 tahun yang lepas di panggung budaya UPSI..Didalam konsert tersebut ada satu persembahan muzik gamelan yang digabungkan dengan muzik techno diikuti dengan joget gamelan digabungkan dengan tarian hip-hop..ramai pengunjung khasnya golongan muda yang begitu teruja dan tertarik kepada persembahan itu..Buktinya,ramai krew-krew yang bertugas dibelakang tabir ikut menari sama ketika kumpulan gamelan itu membuat persembahan..
PC-Marlin & Christine: Berbalik kepada sejarah, muzik gamelan pada asalnya tidak menggunakan sistem nombor sama sekali. Namun kini sistem nombor ini telah digunakan dalam pengajran muzik gamelan di sekolah. Sistem tersebut digunakan dalam gamelan Melayu dan Gamelan Jawa. Dengan adanya sistem ini, proses pengajaran akan lebih teratur dan mudah difahami. Faktanya disini, bukankah anjakan kepada sistem nombor ini adalah salah satu daripada pembaharuan dalam muzik gamelan? malah ia diterima oleh dengan terbuka. Sama halnya dengan mengubah ciri muzik gamelan kepada kontemporari. Nafas baharu ini harus dipandang positif. Fikir-fikirkan lah.
PC-Hafzan: Saya amat bersetuju dengan kenyataan saudara. Bulan lepas baru saja Festival Gamelan Sedunia 2010 berlangsung. Apa yang dapat diperhatikan ialah, hampir kesemua persembahan muzik gamelan seluruh dunia mengabungkan alat muzik kontemporari termasuklah drum, bass guitar, dan keyboard. Kostum juga pelbagai dan memegunkan sesiapa sahaja yang datang berkunjung. Ramai pelancong yang mengunjungi festival tersebut amat tertarik dengan persembahan selama 3 malam berturut-turut. Ini termasuklah rakayat jelata tanpa mengira umur. Jadi, tidak ada halangan untuk menambah atau memberi nafas baharu dalam muzik gamelan.
PC..saya amat bersetuju dengan pernyataan ini kerana, dengan pembaharuan muzik gamelan dan caklempong, ia secara tidak langsung akan menarik minat golongan muda. Dengan gubahan yang menyanaraikan alat-alat muzik kontemporari, ia akan kedengaran lebik menarik. Ini kerana, golongan muda zaman sekarang terlampau banyak disogok dengan alat muzik moden. Jadi, dengan gubahan kontemporari, ia akan menarik minat golongan muda.
Berkenaan dengan keaslian muzik ini akan hilang, cuba kita jangan sempitkan fikiran, susahkan keadaan. Yang penting disini adalah untuk menarik minat golongan muda. Apabila mereka sudah berminat dan berkecimpung dalam bidang ini, kita boleh mengimbas kembali sejarah dan asal usul gamelan dan ceklempong.
PC: Modenisasi dan revolusi ilmu tanpa sempadan memberi kesan terhadap perubahan pemikiran golongan remaja khususnya dalam segala aspek. Proses tersebut turut memberi perluasan terhadap pelbagai muzik terkini serta melahirkan idea-idea yang berani dalam melahirkan genre atau nafas baharu dalam permainan alat muzik tradisional. Usul ini dapat dianologikan dengan muzik tradisional dekad ini dipakaikan dengan “busana baru” yang lebih menyerlah, cantik serta meningkatkan kreadibiliti serta minat si pemakai. Si pemakai itu pula seorang yang yakin dan muda suka akan pembaharuan sejajar dengan pemikiran golongan muda semasa. Saya tidak akan sama sekali menidakkan usul “ esembel muzik tradisonal Gamelan dan Caklempong di Malaysia perlu diberi nafas baru iaitu dari segi gubahan kontemporari, penambahan alat muzik moden dan kostum unutk menarik golongan muda meminatinya tanpa perlu mengekalkan ciri-ciri asal ensemble berkenaan” kerana ia sudah pasti benar dan jelas. (Sambung seterusnya...)
PC: Sambungan
Asas yang pertama kita ambil kata-kata dari E.B Taylor yang menyatakan budaya itu adalah suatu yang dinamik untuk diperturunkan kepada generasi muda. Muzik adalah salah satu elemn dalam budaya. Dinamik budaya menunjukkan muzik itu seringkali diperbaharui bagi tujuan penyesuaian ddengan keadaan semasa (adaption.) Bayangkanlah sekiranya di radio-radio permainan lagu atau genre muzik-muzik lama diperdengarkan tidak mustahil di Malaysia yang mendengarnya hanyalah tidak kurang dalam kalangan orang-orang yang berumur. Yang muda sudah pasti boleh dikira dengan jari. Dilihat yang menjadi igauan kebiasaanya radio Era dan Hot Fm yang sering menampilkan genre baharu. Begitu juga dengan muzik tradisional, dengan pembaharuan sudah pasti ramai kalangan sosial terutamanya golongan muda yang mahu membuka ruang telinga mendengar sedikit sebanyak genre muzik tersebut. Kita tidak perlu takut untuk memberi nafas baru terhadap segala elemen dalam muzik tradisional tersebut kerana melalui kreatif pembaharuan muzik ini sudah pasti menggalakkan remaja unutk terus melihat apakah asas genre muzik yang dimainkan sekaligus sedikit sebanyak mereka sudah mengetahui usul dan klasifikasi muzik. Misalnya, muzik timang burung yang telah diberi nafas baharu dalam persembahan So You Think You Can Dance di Malaysia pada tahun 2008, melahirkan minat ramai golongan remaja dan secara am mereka kenal asal genre muzik tersebut adalah dari muzik gamelan.
PC: Sambungan
Kedua, kita teliti melalui asas remaja. Remaja atau golongan muda adalah seorang yang sering melihat ke hadapan dan mempunyai pemikiran yang luar biasa. Pengekalan terhadap elemen yang ada dalam muzik tradisional ini melahirkan persepsi remaja yang kebanyakan itu adalah muzik kuno. Sekiranya tiada galakan dalam meberi nafas baharu terhadap muzik tradisional tersebut sudah pasti akan memburukkan lagi persepsi ramaja sehingga menjadikan mereka terus memadamkan nilai muzik tanah air. Sekiranya dihalang pembaharuan tersebut sudah pasti melahirkan remaja ibarat ‘katak di bawah tempurung’, yang bisa menyekat idea kreatif remaja sekaligus melahirkan sentimen penolakan terhadap teori budaya yang dikatakan oleh kebanyakan ahli-ahli falsafah sosioculture. Idea memperbaharui muzik ini adalah satu strategi bagi melahirkan pengekalan terhadap muzik-muzik tradisional. Dengan pembaharuan, muzik tersebut akan terus menjadi aset bernilai negara. Yang pentingnya, asas muzik tradisional asli tersebut haruslah terus diperkembangkan, dibukukan, dan dijadikan sebagai kurikulum pendidikan agar ia menajdi rujukan untuk dieksplorasikan oleh kebanyakan remaja. Misalnya, di Universiti Pendidikan Sultan Idris kita ambil sebagai contoh terdekat, topik pembelajaran yang diajar adalah meliputi asas muzik samaada menggunakan elemen asli dengan segala komponen sejarahnya, alat-alat dan genre muzik yang dimainkan dari dahulu hinggalah sekarang. Pembelajaran terhadap musik kontemporari dan popular juga turut dilaksanakan secara tidak langsung boleh dikatakan pembelajaran program muzik adalah menyeluruh. Namun jika dilihat pada penilaian akhir seperti Kemuncak Seni, permainan muzik serta idea-idea pelajar sering meningkat, diperbaharui bagi melahirkan genre muzik yang berinovasi, serta kreatif dan dapat menarik minat golongan remaja lain.
PC:saya sebagai pihak pencadang sangat setuju dengan penyataan diatas, sememangnya muzik tradisional gamelan dan caklempong perlu diberi nafas baru untuk menarik minat anak-anak muda. ini kerana sekiranya kita tidak berbuat demikian saya percaya perlahan-lahan kedua-dua muzik tradisional yang selama ini dipertahankan oleh orang terdahulu akan lenyap ditelan zaman. bagi saya disalah kalau kita membuat sedikit pembaharuan dalam muzik tradisional ini. sekurang-kurangnya kita dapat memperlihatkan bahawa bukan setakat lagu-lagu modern boleh digubah tapi muzik tradisional juga boleh digubah untuk mendapat kepelbagaian bunyi justeru dengan memasukkan alat-alat muzik modern sedikit sebanyak dapat menarik minat anak-anak muda kerana kebanyakan anak-anak muda pada masa sekarang banyak yang boleh bermain alat muzik moden dengan baik. dengan adanya alat-alat muzik moden ini kita dapat menarik minat anak muda untuk menceburkan diri dalam muzik tradisional maka secara tidak langsung mereka akan timbul rasa untuk mempelajari alat-alat muzik tradisional. ini kerana seperti yang kita tahu anak-anak muda mempunyai rasa ingin tahu dan ingin mencoba benda yang baru.
PC-juster: saya sangat-sangat setuju dengan saudara, sememangnya kita perlu lakukan apa sahaja untuk mempertahankan muzik tradisional yang dikatakan sebagai khazana orang terdahulu. memang betul persoalan dari pihak PB bagaimana mengenai keaslian muzik tradisional sekiranya kita mengubah kontemporari dan sebagainya?tapi kalau kita lihat zaman sekarang jujur lah, adakah semua anak-anak muda tahu mengenai muzik tradisional dan adakah semua anak-anak muda suka akan muzik-muzik tradisional? sebab itu lah kita harus mencari satu pembaharuan dalam muzik tradisional untuk menarik minat anak-anak muda sekiranya kita biarkan begitu sahaja saya percaya lama kelamaan muzik tradisional akan lenyap. bagi saya tidak salah kalau kita membuat perubahan pada muzik-muzik tradisional ini, kerana melalui pengalaman saya sendiri saya pernah melihat muzik gamelan diubah dengan memasukkan alat-alat moden dan memasukkan unsur jazz kedalam permainan gamelan bagi saya ianya amat menarik. kita kena terima hakikat untuk mempertahan kan sesuatu kita perlu berkorban sama juga dalam kes ini, untuk mempertahankan muzik gamelan dan caklempong kita terpaksa mengorbankan keasliannya.sama juga seperti manusia tak kan kita asyik berada dibawah tempurung ja kan,kalau asyik dibawa tempurung macam mana kita nak maju. ini adalah soalan saya untuk pihak PB adakah anda sanggup lihat muzik tradisional ini pupus dimuka bumi ini atau anda ingin terus mempertahankan keasliannya yang kita tidak tahu sejauh mana kita mampu pertahankannya dizaman yang moden ini?? cuba kita fikir lebih kehadapan dunia kita bukan semakin undur kebelakang tapi akan terus maju kehadapan dan akan ada banyak benda baru yang akan dihasilkan saya percaya jika kita tidak membuat sesuatu untuk pertahankan muzik tradisional ini suatu hari nanti pasti akan lenyap.
PB:mohd azrul isnirul...mana boleh ubah suka hati saja.kekalkan lah keaslihan muzik tradisional kita. Muzik itu satu-satunya peninggalan nenek moyang kita. Kalau d ubah suka hati element-element muzik asli yang ada dalam gamelan dan caklempong bermakna hilang lah identiti asal usul sebanar masyarakat kita.....saya tak setuju!!!!!!
PB-Haslina: Saya tidak bersetuju dengan hujah anda. Persoalan yang timbul sekarang ini adalah ekoran daripada sikap golongan muda mudi yang tidak kurang terlibat dengan muzik tradisional, bukannya 'orang lama' yang tidak ingin meneruskan budaya ini. Untuk pengetahuan anda, masih ramai 'orang lama' di luar sana yang berusaha sedapa upaya mereka untuk mengekalkan muzik tradisional ini. Contohnya, semakin banyak blogger yang memberi maklumat tentang muzik tradisional ini tidak kiralah dari segi sejarah mahupun cara permainan muzik ini.
Usah dilihat secara individu sahaja, kerajaan juga kini semakin aktif mempergiatkan pendedahan muzik ini dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Contohnya kerajaan telah membuat pameran alat muzik tradisional masyarakat Malaysia yang bertempat Muzium Negara. Pameran ini memperlihatkan usaha kerajaan untuk memelihara keaslian muzik tradisional kita daripada terus hilang.
Jika ingin berinovasi, berkreativiti, banyak lagi saluran lain yang boleh mencungkil bakat-bakat ini. Bukannya dengan berinovasi ke atas muzik tradisional yang telah dipelihara keasliannya sejak turun temurun. Bila kita memperkatakan kreativiti, sebenarnya dalam muzik tradisional kita boleh menonjolkan kreativiti. Nama pun seni warisan. Tapi biarlah kreativiti itu ke arah memelihara keaslian yang ada, kalau setakat hendak mengubah kepada yang lebih moden, semua orang pandai..
PC- memang betul kata saudara dan saudari pihak pembangkang, tapi kita tidak boleh salahkan anak muda. sekarang ni persoalannya bagaimana caranya untuk kita menarik perhatian anak-anak muda untuk menceburkan diri dalam muzik tradisional. Mungkin sekarang ni boleh lagi dipertahankan. tapi cuba kita fikir sama-sama bagaimana selepas 10 atau 20 tahun lagi, orang-orang lama tak kan hidup selama-lamanya untuk mempertahan muzik tradisional. kita boleh mengubah muzik gamelan kepada kontemporari tidak salah untuk menarik minat anak muda bila mereka sudah menceburkan diri baru kita imbas dan terap asal usul gamelan dan caklempong secara tidak langsung mereka tahu bagaimana gamelan dan caklempong dimainkan sebelum diubah.
PB- abdul qayyum: saya tidak bersetuju dengan pendapat yang dikeuarkan oleh abdul qayyum. hal ini demikian kerana pada pendapat saya ensemble gamelan dan caklempong tidak perlu diubah mengikut arus semasa dengan mengabai muzik yang asli kerana pada pendapat saya muda mudi hari ini kurang berminat dengan ensemble gamelan dan caklempong adalah bukan kerana muziknya yang agak tradisonal tetapi mereka kurang pendedahan awal mengenai muzik ini. bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta". jika sekiranya muda mudi hari ini diberi pendedahan awal mengenali muzik tradisional lebih awal dari muzik-muzik yang ada pada hari ini, mereka akan lebih menghargai muzik tradisional mereka dan tidak perlu mengubah esemble ini tanpa meniggalkan keasliaanya. hal ini demikian kerana sejak dari kecil muda muda hanya diajar dengan muzik-muzik moden dan ini secara tidak langsung menyebabkan muzik tradisional pada hari ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan muda mudi hari ini kerana mereka hanya diberi pendedahan kepada muzik moden sahaja.
PB: saya sangat tidak bersetuju dengan kenyataan di atas. Kenyataan tersebut amat tidak relevan. sudah tentulah muzik gamelan dan caklempong merupakan muzik tradisional. Sekiranya ia ditambah dengan alat muzik lain sebagai contohnya di dalam cak lempong ditambah dengan alat muzik gitar, sudah tentulah pelik dan ia sekaligus akan menghilangkan jati diri muzik caklempong itu sendiri. Namun sekiranya ingin membuat penambahan pun, saya cuma bersetuju sekiranya muzik caklempong dihiasi dengan menggunakan lagu-lagu baru berunsur tradisional. Sesungguhnya banyak lagi cara lain untuk menarik minat generasi muda agar meminati muzik cak lempong dan gamelan sekaligus tidak memerlukan pengubahsuaian yang begitu ketara seperti melakukan perubahan dalam penggunaan alat muziknya. Dengan mengadakan 'road show dan bengkel-bengkel muzik tradisional caklempong InsyaAllah ia akan menarik minat generasi muda untuk mengtahui muzik tersebut dengan lebih lanjut. Tegasnya, saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan agar muzik tradisional gamelan dan caklempong ini diberi nafas baru dari segi penambahan alat muzik moden dan gubahan kontemporari manakala pengubahsuaian dari segi kostum boleh dipertimbangkan.
Wa'salam...
PB-Afzan: Assalamualaikum saudara Afzan, memang tidak dapat dinafikan mungkin dengan pengubahsuaian yang dilakukan dalam ensembel muzik tradisional gamelan dan caklempong dapat menarik minat generasi muda khususnya. Tetapi dengan berbuat sedemikian, kita telah membuang satu nilai yang amat berharga dalam muzik tradisional tersebut iaitu nilai keasliannya. Sekiranya ia diubahsuai sebegitu drastik adakah generasi muda dapat mengenali ensembel muzik tradisional gamelan dan caklempong yang belum diubah? Generasi kini mungkin masih dapat mengetahui perbezaan yang telah diubah dan belum diubah. Tetapi sekiranya hal ini berlarutan, sudah tentu generasi akan datang tidak dapat menghayati keaslian ensembel muzik tradisional gamelan dan caklempong tersebut..
Wallahualam...
PB-Juster: Saya kurang bersetuju dengan pendapat anda. Perkataan 'mengubah' berasal dari kata dasar UBAH. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-4, perkataan ubah ditakrifkan sebagai unsur perubahan yang berlaku secara beransur-ansur. Jika kita lihat dari definisi yang telah diberikan ini, maka tindakan "mengubah" muzik tradisional akan membawa kepada perubahan identiti dan keaslian muzik ini secara beransur-ansur. Lama kelamaan, tiada lagi ciri tradisional yang tinggal. Jika keadaan ini berlaku, lebih baik muzik ini jangan dipanggil muzik tradisional. Panggil sahaja sebagai muzik kontemporari atau muzik moden. Tiada gunanya jika 'tradisional' itu hanya pada nama tapi permainannya tidak tradisional lagi. Hal inilah yang dipanggil "merosakkan" ciri-ciri keaslian yang saya maksudkan. Perkataan "merosakkan" bukan hanya digunapakai kepada sesuatu yang telah ditambah dengan budaya negatif. Harus faham disitu.
PB-Hafzan: Saya kurang bersetuju dengan kenyataan anda. Penambahbaikan yang saudara maksudkan bukanlah satu penyelesaian atau cara yang baik untuk menarik minat golongan muda. Persoalan yang anda kemukakan "Jika keaslian muzik ini dikekalkan tetapi ia tidak mendapat sambutan dan tidak mempunyai pewaris,siapakah yang akan menyambung warisan tersebut?" jawapannya adalah DIRI KITA SENDIRI. Kita sebagai golongan muda lebih-lebih lagi sebagai bakal pendidik haruslah berusaha untuk meneruskan perjuangan nenek moyang kita dalam mempertahankan keaslian muzik tradisional yang kita ada. Hanya kesedaran serta tindakan yang wajar untuk mengekalkan keaslian ini yang akan dapat menjamin kesinambungan seni warisan Melayu tradisi pada masa akan datang.
PB-Hafzan: Saya sekali lagi tidak bersetuju dengan pandangan anda. Ya, memang saya juga ada menonton konsert Kaizen Musica tersebut. Tetapi cuba kita fikirkan dengan lebih mendalam, jika muzik tradisional ini dimodenkan dengan penerapan tarian dan unsur muzik hip hop contohnya. Di manakah lagi unsur keaslian yang boleh kita banggakan? Di manakah lagi unsur-unsur kemelayuan yang kita pertahankan sekian lama? Lebih parah lagi jika penerapan tarian seperti hip hop yang hanya menari terhenjut-henjut sambil berpeluk tubuh. Budaya seperti ini ada 'berlambak' di luar sana. Perlu kita sedari bahawa Tarian Gamelan contohnya, merupakan warisan tradisi yang perlu dikekalkan keasliannya kerana melambangkan adat kebudayaan Melayu yang bersopan santun. Oleh itu, jangan fikir pembaharuan sahaja, fikirkan kesannya juga.
PC - Assalamualaikum, saya juga turut bersetuju sekiranya Ensembel Muzik Tradisional Gamelan dan Caklempong di Malaysia perlu diberi nafas baru. hal ini kerana fenomena pada hari ini muzik tradisional sebegini tidak dapat menarik minat terutamanya di kalangan generasi muda yang kini lebih cenderung ke arah muzik moden. Cadangan untuk memberi nafas baru terhadap muzik tradisional Gamelan dan Cak Lempong ini dari aspek kostum dan alat muzik adalah satu langkah yang bijak dalam usaha untuk menarik minat generasi muda yang dikatakan sebagai pewaris ataupun penerus sesuatu tradisi. sekiranya Essembel muzik tradisonal ini diberi nafas baru selaras dengan perkembangan pemikiran dan gaya generasi muda kini, tidak mustahil muzik tradisional ini dapat dikembangkan dengan lebih meluas dan ianya dapat dikekalkan dan tidak akan hilang dek peredaran zaman.
PB-Juster: Sistem nombor yang diperkenalkan dalam pembelajaran muzik tradisional seperti Gamelan dan Caklempong bukanlah sesuatu yang telah merosakkan keaslian muzik ini. Ianya lebih kepada memudahkan kita untuk mempelajari. Sebab itulah sistem ini diterima secara terbuka. Ianya bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai pemodenan kerana ianya tidak menyentuh keaslian muzik ini samada dari segi lagu, tarian, kostum mahupun dari segi penambahan alat muzik. Hal ini berlainan jika kita mengubah ciri-ciri muzik tradisional yang kita ada. Anda sebagai bakal pendidik tidak seharusnya memandang isu ini sebagai perkara remeh temeh. Seharusnya dalam keadaan sebegini, kita semakin berusaha dan bersemangat untuk mengekalkan apa yang kita ada. Dengan mengubah ciri-ciri keaslian muzik tradisional ini, bermaksud anda telah berputus asa untuk mempertahankan keaslian muzik ini.
Kita seharusnya melihat muzik tradisional ini sebagai satu persembahan yang simbolik dan kaya dengan ilmu serta keseniannya yang terselindung di sebalik tarian, lagu dan alat muzik yang digunakan. Haruslah diingat bahawa muzik tradisional ini bukanlah sebagai hiburan semata-mata. Fikirkan dengan mendalam.
PB-Juster: Saya sekali lagi tidak bersetuju dengan kenyataan anda. Kemungkinan besar pelancong yang melihat persembahan kontemporari pada Festival Gamelan Sedunia tersebut hanya melihat Gamelan tidak lebih kepada muzik hiburan. Sebuah muzik yang tidak melambangkan apa-apa, tiada maksud tersirat pada permainannya. Untuk pengetahuan saudara, pelancong yang datang ke negara kita hanya mendapat apa yang disajikan. Jika pada masa tersebut juga diadakan persembahan Gamelan yang lebih tradisional serta menunjukkan keaslian yang sebenar, siapa tahu mungkin mereka lebih tertarik ke arah itu?
Sebenarnya dengan penerapan unsur moden seperti penambahan alat-alat muzik barat dalam muzik tradisional telah merugikan kita. Kita sepatutnya memperlihatkan kebudayaan kita yang sebenar kepada orang luar, bukannya mengagung-agungkan alat muzik mereka sehingga terbawa-bawa penggunaannya dalam muzik tradisional. Janganlah hanya kerana wang, kita sanggup mengetepikan budaya kita yang kita bangga-banggakan sekian lama. Sepatutnya kita buktikan bahawa muzik tradisional kita masih boleh bertahan tanpa memerlukan apa-apa perubahan untuk menghadapi abad ke-21.
PC - NOORZARINA, saya bersetuju dengan pandangan anda yang mengatakan dengan menambah baik muzik tradisional ini dengan cara mengabungkan muzik yang asal dengan unsur-unsur baru supaya dapat mewujudkan satu muzik yang sentiasa mengikut peredaran zaman. memang benar jika diberi nafas baru dengan mengabungkan unsur-unsur muzik moden akan menyebabkan ciri-ciri keaslian ensembel muzik tradisional ini akan lupus, akan tetapi untuk menarik minat generasi muda kini kita harus tahu perkara yang diminati seiring dengan usia dan perkembangan pemikiran mereka. Hal ini kerana terdapat satu peryataan yang berbunyi untuk mendapatkan pelanggang kita harus tahu kehendak pelanggan. Jadi disini, hal ini dapat dihubungkaitkan dengan usaha untuk menarik minat generasi muda untuk cenderung meminati muzik tradisional ianya haruslah diubahsuai selaras dengan kehendak dan minat generasi muda pada masa sekarang.
PC-MARLIN: Saudari Marlin, maaf kiranya saya bertanya kerana saya kurang faham dengan 'statement' anda yang mengatakan "Sepatutnya dengan adanya teknologi yang serba canggih ini, kita lebih mudah untuk mengekalkan keaslian muzik tradisional". Apa yang saya maksudkan dengan era teknologi maklumat di hujung jari sekarang ini adalah generasi muda hari ini lebih senang untuk menyelongkar khazanah dan asal usul gamelan dan cak lempong. Generasi muda masih lagi boleh mengetahui dan membezakan antara muzik asli dan muzik yang telah diberi penambahan dari segi alat muzik, kostum mahupun gubahan kontemporari.
Kita harus menerima kenyataan bahawa kita tidak akan berpatah balik ke zaman nasi lemak hanya berharga 30 sen di mana pada zaman tersebut sebarang bentuk hiburan boleh dimainkan di anjung2 rumah ataupun 'pondok' depan rumah Tok Dalang. Masa hadapan yang perlu kita lalui ini memperlihatkan kemajuan dalam segala segi termasuklah seni muzik kita.
Saya kira muzik tradisional kita akan terus tenggelam jika pewaris datuk nenek kita iaitu generasi muda hari ini hanya pernah mendengar nama 'gamelan' ataupun 'cak lempong' tetapi tidak ada niat atau minat untuk memperlajari kesenian ensemble ini kerana bagi mereka muzik jenis ini hanya sesuai dengan golongan veteran sahaja.
Saya juga amat pasti, anak2 muda generasi sekarang yang terlibat dengan ensemble tradisional pada hari ini adalah di sebabkan oleh 'wajib' atau pun 'upah'. Apa yang saya maksudkan wajib adalah kepada golongan seperti kita iaitu pelajar yang terpaksa mempelajari muzik tradisional ini adalah kerana tuntutan universiti yang melibatkan markah pelajar.
Yang saya maksudkan 'upah' pula adalah membuat persembahan kerana untuk mendapat bayaran. Ya, saya tak nafikan generasi muda yang terlibat dengan muzik moden pun adalah kerana untuk mendapat 'upah'. Bila melibatkan 'upah' ini, kita lihat semula dengan apa yang saya katakan di atas iaitu kita sedang menuju zaman kemajuan yang menuntut segala perkara yang ingin dilakukan perlu di sertakan dengan wang termasuklah untuk menjemput ensemble tradisional ini membuat persembahan. Jadi, tidak salah jika saya timbulkan perkara 'upah' ini. Saya tak fikir generasi muda yang telah mempunyai kerjaya kukuh atau pun yang sedang sibuk berpolitik saja-saja ingin mempelajari muzik tradisional ini kerana bagi mereka banyak lagi perkara yang harus mereka selesaikan untuk kelangsungan hidup.
Seperti yang saya katakan pada posting pertama saya, dengan pembaharuan yang di lakukan kita boleh membawa nama Malaysia ke luar negara kerana jika kita lihat industri seni tanah air kita hari ini, berapa kerat sangat artis kita yang ada nama di luar negara. Keadaan tersebut tidak sama dengan penerimaan kita terhadap muzik yang dibawakan oleh band-band Indonesia yang sangat mendapat perhatian dari golongan muda hari ini. Kenapa tidak kita perbaharui muzik tradisional kita untuk ke peringkat antarabangsa? Bukankah itu lebih memberi peluang kepada Malaysia untuk membentuk hubungan antarabangsa yang baik dengan negara luar? Sekali lagi, bila bercakap hubungan antarabangsa, kita harus sedar bahawa kita sedang menuju ke zaman kemajuan yang pastinya akan lebih memberi faedah kepada semua rakyat Malaysia.
Sekian, maaf andai ada terkasar bahasa. Bukan niat untuk 'berperang' di alam maya tetapi sekadar melontarkan pandangan.
PC- Saya rasa kita semua pernah melalui kuliah minggu 4 mengenai wayang kulit kan? Di awal kewujudan wayang kulit, cerita yang dipersembahkan adalah hanya berkisahkan epik ramayana dan mahabrata tidak kiralah wayang gedek, wayang kelantan mahupun wayang kulit jawa. Namun, untuk lebih memberi efek yang lebih menarik cerita persembahan telah di perbaharui dengan cerita masyarakat, isu rumah tangga dan isu-isu semasa. Masyarakat masih lagi boleh menerima pembaharuan tersebut kan? Pembaharuan tersebut sudah lama di lakukan tetapi masih boleh diterima oleh golongan muda hari ini. Begitu juga dengan penambahan alat muzik mengikut negeri yang dipersembahkan seperti wayang kelantan menggunakan rebab yang tidak di gunakan oleh wayang jawa. Masih lagi boleh diterima oleh masyarakat walaupun telah mengalami perubahan.
PC- Jadi, saya rasa tidak ada isu atau masalah jika ensemble gamelan dan cak lempong ini di perbaharui dan di modenkan seiring dengan peredaran zaman yang menuju ke hadapan. Lagipun, apa yang saya nampak, pembaharuan itu pastinya akan memberi faedah kepada semua.
PB-FARIQ: Adakah anda bermaksud bahawa keaslian muzik itu bukanlah sesuatu yang penting? Yang penting hanyalah menarik minat golongan muda? Tidakkah anda terfikir bahawa kenyataan itu boleh membawa maksud sama seperti peribahasa "kacang lupakan kulit"?
Mungkin anda memandang remeh terhadap keaslian muzik tradisional kita, tetapi harus diingat bahawa muzik inilah yang menjadi pedoman masyarakat tradisional kita suatu ketika dahulu. Mengikut kenyataan yang dipetik oleh Abdul Hamid Adnan dari buku yang bertajuk The Anthropology of Music tulisan Alan Merriam (1964), "...tujuh kegunaan muzik tradisional, iaitu mengiringi kerja, ritual perubatan, untuk pusingan dalam kehidupan mengiringi kelahiran dan perkahwinan, mengiringi peristiwa politik atau perlantikan, muzik untuk upacara sembahyang dan doa, muzik untuk drama, tarian dan riwayat dah akhir sekali untuk teks lagu"
Dalam kenyataan ini ada menyatakan bahawa muzik tradisional digunakan sebagai muzik yang mengiringi peristiwa politik atau perlantikan. Cuba fikirkan, jika muzik tradisional seperti Gamelan diberi nafas baru dari segi alat muzik, gubahan lagu mahupun kostum, adakah muzik ini masih sesuai dipersembahkan semasa pertabalan Sultan? Oleh itu, pertahankanlah keaslian muzik ini. Jangan cemarkan dengan budaya luar yang bukan kepunyaan kita.
PB- Saudara Hafzan, saya tidak bersetuju dengan pendapat anda. anda mengatakan 'didalam konsert tersebut ada satu persembahan muzik gamelan yang digabungkan dengan muzik techno diikuti dengan joget gamelan digabungkan dengan tarian hip-hop'. Kenapa kita perlu meniru atau menerapkan budaya org lain dengan budaya kita. Apa yang nak kita tonjolkan? Apa yang remaja akan lihat adalah budaya barat itu sendiri. Memang kita selalu mahukan perubahan, tetapi kenapa kita perlu merubah segalanya dengan mengagungkan budaya barat? Jika adanya gabungan dengan muzik luar ini, pasti kan menarik minat remaja. Kita hendak menjaga warisan kita ataupun menjaga warisan mereka? Pemikiran kita semakin dijajah,apa yang ada di barat semua hebat, sekarang, budaya kita pun hendak dijajah? hip hop, jazz, semua orang tahu itu muzik barat. Kita mengangungkan mereka, dan bukan menonjolkan kehebatan muzik kita sendiri. Dimana letaknya estetika muzik kita? dimana keaslian lagu tersebut? yang mana boleh menonjolkan ciri-ciri kemelayuan kita. Persolan tentang minat remaja, kita sebenarnya banyak didedahkan dengan budaya luar, mengagungkan budaya org lain. Masalah yang berlaku sekarang, semua pihak tidak endah, dan memikirkan keuntungan semata-mata. Jika hal ini dikaji semula, dan semua pihak sama-sama berganding bahu memperkenalkan semula muzik tradisional ini, dari sekolah rendah, saya berpendapat, tiada istilah kita perlu merubah khazanah kita ini. Jika orang lain tidak mahu memikul tangungjawab ini, apa kata kita yang menjaga warisan kita. Sebagai guru, memperkenalkan dan cuba menarik minat pelajar. Ini pendapat saya semata-mata. No 'Heart feeling'..terima kasih..=)
PB-DILLAH: Saya tidak melihat pembaharuan ini memberi faedah kepada semua. Apa yang saya lihat pembaharuan ini hanya menguntungkan mereka yang cuba mengambil kesempatan ke atas muzik tradisional ini. Itulah realiti manusia zaman kini, sanggup mengetepikan keaslian muzik tradisional semata-mata untuk mengaut keuntungan. Contohnya, jika sesebuah persembahan Gamelan diadakan, sudah tentu pihak penganjur mahukan persembahan yang menarik ramai penonton. Mereka (penganjur) jauh sekali berniat untuk memartabatkan kesenian ini. Mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk menarik perhatian penonton termasuklah mengetepikan ciri-ciri keaslian muzik tradisional ini. Hanya duit yang paling diutamakan.
Kesimpulannya, pembaharuan pada muzik tradisional ini hanya merugikan kita sendiri. Muzik tradisional perlu dipertahankan dalam apa cara sekalipun kerana muzik tradisional merupakan budaya yang tidak ternilai.
HILANG BUDAYA MAKA HILANGLAH BANGSA!
PB- saya amat bersetuju dan menyokong 100% semua hujah marlin. Tidak perlu dipertikaikan lagi, dengan adanya perubahan luar akan merugikan diri kita sendiri. Budaya adalah untuk dikekalkan dan dipertahankan sehingga anak cucu kita sama-sama dapat mengetahui dan merasai keunikan serta kehebatan warisan kita. Jangan jadi Melayu pada keturunan semata-mata, tapi jadilah melayu yang boleh menghayati dan menghargai warisan nenek moyang kita. Syabas Marlin, saya kagum dengan kamu.!!=)
PB-NADIA: Saya sangat menyokong hujah anda. Hujah yang baik! Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam memartabatkan seni warisan yang telah dipertahankan sejak sekian lama. Pembaharuan dalam muzik tradisional merupakan 'jalan pintas' yang digunakan oleh mereka yang ingin lari daripada tanggungjawab untuk mengekalkan keaslian muzik ini.
PC- saya tidak bersetuju dengan PB-Zulhilmi kerana adakah kita mementingkan keasliannya berbanding kita mementingkan kewujudannya kelak?bukan apa,klu kita tidak mengubah sesuatu yang asli itu mengikut genersai terkini,saya takut yang ada tidak akan wujud langsung. jangan di tahan keasliannya semata-mata hendak jaga ketulinannya tapi kita tidak fikir, bleh ka generasi baru faham?..
PC: Saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini kerana perlu ada inovasi dan nafas baru bagi menarik perhatian semua golongan. Kita berbalik kepada fakta sejarah, bagaimana muzik gamelan yang mempunyai ciri keaslian Jawa apabila dibawa masuk ke Terengganu telah berubah mengikut agama, adat, budaya setempat. Namun tidak bermakna perubahan yang berlaku menghilangkan identiti muzik tersebut, tetapi perubahan itu adalah ke arah memperkenalkannya kepada masyarakat tempatan. Gamelan tetap gamelan. Biarpun alat muzik dikurangkan, tercetusnya penciptaan lagu dan tarian baru tetapi asas kepada muzik gamelan itu masih dapat kita bezakan dengan muzik-muzik yang lain. Begitu halnya yang berlaku dewasa kini, pembaharuan ini penting agar muzik kita menjadi antara genre muzik yang mendapat tempat dihati sesiapa sahaja.
Kita sendiri sedar, fenomena ketaksuban muzik barat yang berlaku terhadap genarasi alaf baru begitu meresahkan kita sehinggakan jika ditanya muzik tradisi Melayu kita tidak pasti sama ada mereka tahu atau tidak. Di mana jati diri mereka?. Jika tidak ada usaha untuk membawa mereka mengenali muzik tradisi bangsa, lambat-laun anak-anak kita pada masa akan datang tidak kenal langsung muzik gamelan, cak lempong atau muzik-muzik tradisi yang lain.
Bersandarkan hakikat ini, kita harus mengilhamkan satu cetusan idea yang unik dengan mengabungjalinkan muzik tradisi dan moden. Memandangkan dunia globalisasi yang melanda dunia pada hari ini, sudah pasti penggunaan teknologi adalah suatu perkara wajib yang perlu kita diaplikasikan. Ini bertujuan bagi memudahkan susunan lagu dan dapat dipersembahkan dalam bentuk muzik kontemporari yang dapat diterima masyarakat umum seperti dalam persembahan orkestra.
Setuju atau tidak, itu terpulanglah kepada perspektif dan pendirian masing-masing. Pihak pencadang sekadar memberi hujah. WaAllahualam..
PC-nazotai, saya tidak bersetuju dengan PB-farah kerana, tidak semstinya perubahan itu dilakukan 100% tapi kita ubah laa 50% untuk keaslian dan 50% untuk generasi muda..kalau tidak ubah,maknya nanti ensemble ini golongan tua sahaj yang dengar, jadi ensemble ini akan lupus dek ditelan zaman..
PC-MARLIN : YA, benar setiap penganjur mahukan show yang di anjurkan mendapat perhatian dan menarik minat penonton. Tetapi, sedarkah kita semua dalam dunia hari ini PENONTON yang kita katakan itu tergolong dalam golongan mana? Berapa umur penonton tersebut? Saya tak yakin bahawa 'orang lama' akan turun ke stadium atau dataran merdeka semata-mata untuk menonton show kan. Jadi, sekiranya penganjur mahukan persembahan mereka menarik minat penonton, penganjur perlu mengenal pasti golongan penonton mereka. Jika sudah terang lagi bersuluh golongan penonton zaman sekarang adalah muda mudi, mengapa seseorang penganjur itu masih lagi mahu menanggung risiko menganjurkan show yang pastinya tidak akan habis penjualan tiketnya jika tidak mengikut kehendak pasaran semasa. Sekali lagi secara logiknya adakah golongan muda mudi ini mahu menonton persembahan muzik tradisonal walaupun secara percuma. Saya rasa golongan muda mudi ini lebih suka ber'facebook' di rumah bagi muda mudi di bandar ataupun muda mudi di kampung kampung akan lebih suka melepak dengan kawan-kawan.
Memang secara kasarnya kita tidak menyedari akan faedah faedah yang akan kita dapat tetapi andai kata tidak ada faedah faedah tersebut, anda rasa akan wujudkah LRT, ERL dan yang 'latest' ETS dan bermacam-macam lagi fasiliti yang disediakan oleh kerajaan.
PB-DILLAH: 'statement' saya yang mengatakan "Sepatutnya dengan adanya teknologi yang serba canggih ini, kita lebih mudah untuk mengekalkan keaslian muzik tradisional" adalah bermaksud dengan adanya teknologi video atau youtube yang semakin popular sekarang ini, didapati memudahkan kita untuk menyebarkan muzik tradisional dengan lebih luas bukan sekadar di Malaysia malah di seluruh dunia. Bagaimana masyarakat tradisional kita dahulu dapat menarik perhatian golongan muda pada masa itu? Bagaimana pula muzik ini disebarkan? Mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk hidup. Kemungkinan besar tanggungjawab mereka lebih berat berbanding masyarakat zaman kita. Merekalah yang telah berperang dan berjuang dalam mendapatkan kemerdekaan kita pada masa itu. Tetapi mereka masih dapat mempertahankan keaslian muzik tradisional dan mempengaruhi golongan muda mudi pada ketika itu yakni ibu bapa dan nenek kita.
Apalah gunanya jika generasi akan datang hanya dapat menyelongkar khazanah dan asal usul muzik tradisional kita tanpa dapat menghayati keaslian yang sebenarnya. Persoalan juga mungkin akan timbul pada ketika itu bahawa adakah muda-mudi ketika itu masih lagi ingin menyelongkar keaslian muzik ini jika telah disajikan dengan muzik tradisional yang telah dimodenkan? Jangankan golongan muda-mudi ketika itu, sedangkan muda mudi ketika ini pun sudah tidak menyelongkar lagi..
Jika kita buat pembaharuan dalam muzik tradisional kita, pembaharuan itu akan terus bertambah dan bertambah sehingga yang tradisional itu hilang kesemuanya digantikan dengan yang moden. "Tradisional" hanya ada pada nama sahaja iaitu muzik tradisional. Jika keadaan sudah menjadi seperti ini, tidak ada gunanya muzik ini dipanggil muzik tradisional.
Generasi muda masih boleh mengetahui dan membezakan muzik asli dan muzik kontemporari sahaja tidak cukup jika tidak tahu menghayati muzik tradisional yang sebenarnya ekoran pembaharuan yang dilakukan. Pengekalan keaslian muzik tradisional ini bukanlah bermaksud membawa kita kepada zaman 'nasi lemak 30sen'. Pengekalan keaslian ini lebih kepada mempertahankan seni warisan tinggalan nenek moyang kita. Ini kerana, kesenian ini melambangkan jati diri negara. Jikalau dalam muzik tradisional pun hendak dimodenkan, khazanah apakah lagi yang kita ada untuk diwariskan kepada cucu cicit kita?
Pada pendapat saya, generasi muda kini berpendapat bahawa muzik tradisional hanya sesuai untuk golongan veteran sahaja kerana mereka terlalu taksub dengan budaya muzik barat yang membanjiri masyarakat kita dewasa ini. Malah ketaksuban ini telah membawa kepada niat untuk memperbaharui muzik tradisional yang tidak ternilai harganya. Tetapi mereka tidak terfikir bahawa pembaharuan ini akan menghilangkan identiti kita yang dipertahankan sejak sekian lama.
Muzik tradsional ini hanya akan tenggelam jika generasi muda kini tidak menanamkan minat untuk mempelajari seni warisan ini. Nasib muzik tradisional ini pada masa akan datang ditentukan oleh kita sendiri yakni muda mudi zaman sekarang ini. Oleh itu, bangunlah.. pertahankan seni warisan tradisi ini daripada terus dilupakan.
PB-DILLAH: Siapakah sebenarnya golongan penonton itu? Penonton itu sebenarnya diri kita sendiri yang sudah leka dengan arus pemodenan dan penjajahan pemikiran. Tetapi penonton tidak boleh dijadikan alasan untuk mengetepikan keaslian persembahan muzik tradsional ini. Jika penganjur itu, benar-benar berniat untuk memartabatkan kesenian ini, mereka tidak akan menjadikan penonton sebagai alasan.
Mungkin saudari DILLAH telah tersilap tafsir. Faedah yang saya maksudkan adalah faedah dari segi pemodenan muzik tradsional dan bukannya pemodenan pembangunan negara. Kalau ya pun nak moden, takkan nak modenkan semuanya. Kalau semua dah moden, jati diri kita mana? Mana dia ciri-ciri keaslian yang kita telah pertahankan dan yang kita bangga-banggakan selama ini?
Sepatutnya dalam keadaan muzik tradisional yang semakin dilupakan ini, kita berusaha untuk mengekalkan apa yang ada untuk diwariskan kepada generasi yang akan datang. Bukannya mengambil jalan pintas dengan sewenang-wenangnya mengubah keaslian muzik ini untuk menarik perhatian golongan muda mudi khususnya.
Adakah kerana muzik tradisional itu tidak menarik atau kerana kita yang tidak menghiraukan muzik ini?
Jika dilihat pada minggu lepas iaitu minggu ke-5 yang membincangkan muzik Gamelan dan Caklempong. Semua pelajar dibawa ke bilik muzik tradisional untuk memainkan sendiri alat ini. Saya lihat semua pelajar teruja untuk bermain. Malah rata-rata refleksi yang saya baca, hampir semuanya mengatakan bahawa muzik ini menarik. Oleh itu, saya dapat simpulkan bahawa muzik tradisional ini sebenarnya menarik minat golongan muda mudi tetapi kurangnya pendedahan terhadap muzik ini yang menyebabkan ianya semakin dilupakan.
PB- Garry Saya tidak bersetuju dengan fakta yang anda utarakan.Apa yang anda ingin perjelaskan dengan pembaharuan yang seiring? Cuba anda fikirkan sejenak, adakah keaslian tradisi berharga ini akan dapat dikekalkan kesuciannya dengan pencerobohan dari aspek gubahannya dan penambahan alat dalam permainannya.Apa yang anda bayangkan sekiranya gamelan dimainkan dalam genre rock dan dalam versi black metal? Jadi dimana keaslian dan keindahan muzik tradisi turun temurun ini?Tepuk dada tanya minda.Mungkin pada detik ini, dan pada ketika ini anda boleh tersenyum dan menidakkan andaian ini,namun pada hakikatnya ianya akan berlaku pada bila- bila masa dan ketika sekiranya tiada suatu usaha yang mampan kearah penjagaan dan pemeliharaan terhadap muzik tradisi di ini.Jika hendak dibicarakan berkaitan kostum pula, sememangnya pembaharuan ataupun dengan kata lain pencerobohan terhadap kostum muzik tradisi ini lebih banyak memberikan kesan dan efek yang negetif berbanding nilai positifnya.Sebagai contoh,apakah kewajaran dan perkara yang terlintas sekiranya tarian gamelan ataupun tarian asyik ditarikan dengan hanya berpakaian t-shirt, jeans dan singlet yang menjolok mata semata-mata untuk menarik perhatian para golongan muda untuk menyintai gamelan dan caklempong yang pada asalnya penuh dengan etika kesopanan dan kesusilaannya.Jadi, usahlah alpa mengejar perkara yang tersurat sebelum mengkaji intipati tersirat yang penuh dengan nilai dan panduan.Akhir kata,Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat!
PB-"Setelah 5 minggu berkuliah ala-ala hidup di zaman dulu kala kuliah minggu ini sangat menyeronokkan dan terhibur. Terima kasih kepada kengkawan major muzik sebab sudi mentor walaupun masa semput sangat" -Petikan dari refleksi jurnal minggu 5 SMP2252.
Petikan ini menyokong hujah saya bahawa muzik tradisional bukanlah tidak menarik seperti yang diperkatakan, tetapi kurangnya pendedahan kepada golongan muda mudi yang menyebabkan muzik ini semakin dilupakan.
Sebenarnya ada ramai lagi golongan muda mudi di luar sana yang meminati muzik tradisional walaupun tidak dimodenkan, cuma kerana masa yang terhad maka mereka susah untuk mempelajari muzik ini dengan lebih mendalam.
PB-Tarmizi: saya sangat menyokong pendapat anda. Saya tidak dapat membayangkan jika tarian-tarian tradisional kita diterapkan unsur-unsur moden. Mungkin tiada lagi lengang lenggok dan kelemah lembutan pada tarian tersebut. Yang ada mungkin hanya pakaian yang menjolok mata yakni pakaian yang sangat diminati golongan muda-mudi zaman ini. Ini kerana, jika pakaian tradisional digantikan dengan jubah, belum pasti lagi dapat menarik minat golongan ini.
PB- Saya sama sekali tidak setuju supaya seni muzik gamelan dan caklempong ditukar muzik nya seta pemakaian kostum dan sebagainya. Jika telah ditukar kepada unsur-unsur moden, di manakah letaknya seni 'tradisional' itu sendiri? Bukan semua generasi muda yang cintakan unsur-unsur muzik barat dan moden. Jika telah diberikan unsur muzik moden dan penukaran pakaian, tidak mustahil akan berlaku kekeliruan pada pandangan generasi muda tentang keaslian gamelan dan caklempong. Mereka akan beranggapan bahawa semua muzik itu sama dan tidak ada kelainan. Tidak mustahil akan menimbulkan kebosanan kerana muzik moden telah banyak dan melambak untuk deperdengarkan. Di sini saya menegaskan bahawa kesenian muzik tradisional ini haruslah dikekalkan.
PB-Marlin: Saya setuju dengan saudari Marlin, bukan semua generasi muda yang berminat dengan muzik moden. Walaupun ada segelintir yang mengagungkan muzik moden, namun masih terdapat generasi muda lain yang masih mencari-cari keindahan muzik tradisional. Seandainya muzik gamelan dan caklempong telah diubahsuai, di manakah generasi muda tersebut akan mendalami keindahan muzik tradisional?
PB- Saya tidak setuju dengan kenyataan PC- Nazotai bahawa jika tiada perubahan, hanya golongan 'tua' sahaja yang akan mendengar muzik ini. Ini kerana bukan semua golongan muda yang tergila-gilakan muzik moden. Saudari menyatakan bahawa jika tiada pembaharuan makan muzik ini akan ditelan dek zaman. Sedarkah saudari jika muzik ini diubah unsur-unsur tradisionalnya, maka akan lebih cepatlah muzik ini hilang tanpa menunggu zaman. Sebenarnya unsur-unsur tradisional itu indah jika dihayati =)
PC-PB2, cuba anda perhatikan paling ringkas jika kita lihat wayang kulit kita semakin hari semakin pupus salah satunya tiada tarikan dari glgn muda kerana tiada pembaharuan dilakukan. klu kita masih ditahap yang lama dan tidak membuat pembaharuan bagaimana kita nk meningkatkan industri muzik kita? adakah dengan bacaan jurnal, tesis, bacaan ringan dan pemeran di muzium dapat memberi impk mningkatkan glgn muda dalam muzik tradisi ini?. tidak semua glgn muda minat membaca dan jauh sekali anak2 muda untuk melawat tempat khazanah muzium kita kecuali atas dasar pihak2 tertentu yang mendesak mereka ke sana. So...klu PB2 sekalian merasakan dapat bertahan tanpa pembaharuan dipersilakan hujahan anda bagi memantapkan muzik kita selain program kerajaan dan laman web.
PB-Noorzarina: Saya kurang bersetuju dengan pandangan anda. Saya rasa Wayang Kulit bukanlah tidak menarik seperti yang anda perkatakan tetapi sikap golongan muda itu sendiri yang menanggapnya tidak menarik. Sebelum ini saya juga beranggapan seperti itu, tetapi selepas didedahkan dengan pembelajaran di kelas, saya mendapati bahawa Wayang Kulit sangat menarik. Oleh itu, saya rasa pendedahan dan pengetahuan sangat penting diberikan kepada golongan muda agar mereka lebih menghayati seni warisan tradisi kita. Tak kenal maka tak cinta.
Selain itu, pada pandangan saya, jikalau pun muzik tradisional ini dibuat pembaharuan, adakah golongan muda-mudi termasuk saya dan juga anda berebut-rebut untuk bermain gamelan, caklempong, wayang kulit? Belum tentu lagi dapat menarik perhatian. Kita takkan dapat menghayati sesuatu seni jika hanya tertarik kepada pembaharuan yang dibuat, bukannya kesenian yang ada.
Oleh itu, pada pandangan saya dengan pendedahan muzik tradisional ini kepada golongan muda mudi pasti akan dapat meningkatkan sedikit rasa 'sayang' mereka terhadap muzik ini. Tidak kiralah samada pendedahan dari segi pameran, persembahan 'live', jurnal, buku, pelajaran dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kita telah berusaha mempertahankan apa yang kita ada.
salam sejahtera.
PB: Kenyataan di atas adalah tidak relevan kerana pembaharuan tanpa pengekalan ciri-ciri asal akan menghilangkan identiti asal sesebuah ensembel itu. Muzik Tradisional merupakan antara budaya dalam masyarakat Malaysia. Justeru itu pengekalan ke atas keasliannya adalah sangat perlu. Tidak salah jika ingin dilakukan penambahbaikan atau pembaharuan, namun perlu dipelihara identiti asalnya supaya generasi akan datang masih dapat melihat dan menghayati kesenian tradisional itu. Tambahan lagi, untuk menarik minat golongan muda untuk melihatnya tidaklah terletak atau pun bergantung kepada pemodenan yang dibuat ke atas ensembel itu. Tetapi ia bergantung kepada bagaimana sesebuah ensembel asli itu didedahkan keindahannya serta keunikannya kepada golongan muda.
PB:TARMIZI,saya amat menyokon pendapat anda kerana,dengan tidak memasukkan unsur moden atau pembaharuan dalam seni gamelan dan caklempong,kita mampu mengekalkan kesenian asli yang telah diturunkan kepada generasi kita hingga ke hari ini,yang kita sedia maklum dalam persembahan gamelan n cak lempong ia mempunyai muzik yang diiringi oleh tarian yang begitu halus dan lenggok badan yang menunjukkan nilai estetika yang tinggu..adakah kita sanggup melihat ia di campur adokkan oleh elimen-elimen modon,sekiranya berlaku ia mungkin boleh menghilang kan keaslian muzik gamelan dan caklempong,bahkan generasi muda tidak mampu menilai sendiri keaslian muzik tersebuk..oleh itu saya tetap membangkan akan percampuran elimen moden dalam gamelan dan caklempong!!!!
PC:NOORZARIN,saya bangkang hujah anda yang mengatakan dengan pembaharuan mampu memperluaskan muzik tradisi kita.saya rasa cadangan anda tidak releven kerana dengan adanya pembaharuan dalam muzik2 tradisi kita ini, ia sedikit sebanyak menghilangkan keaslian muzik tersebuk.cuba anda fikir dan renung-renung kan lah,adakan anda sanggup melihat muzik yang telah diwarisi turun temurun..dicampur aduk kan dengan unsur-unsur moden?fikirkan lah kesan akan datang.....!kita mampu perluaskam muzik gamelan dan caklempong walaupun tanpa memasukkan elimen2 moden dengan memkhususkan matapelajaran muzik di sekolah..di dalamnya kita boleh isikan satu slot yang wajib iaitu tentang semua muzik tradisi di malaysia..seperti kita belajar sekarang.....sedikit sebanyak kita mampu mendedahkan generasi muda mengenali akan keistimewaan muzik gamelan dan caklempong..tanpa menghilangkan keaslian muziknya..
PB MARLIN : Saya amat bersetuju dengan pernyataan anda bahawa jati diri adalah suatu elemen yang penting dalam pengekalan dan pemeliharaan khazanah yang tidak ternilai ini.Sememangnya keaslian adalah tunjang utama untuk membolehkan generasi mendatang merasa bangga dengan kesenian turun temurun nenek moyang yang penuh dengan adat, nilai ketimuran dan nilai nilai estetika ini.Akhir kata, Suburlah Keaslian demi khazanah mendatang.
PC- Saya menyokong pendapat yang mengatakan bahawa ensembel muzik tradisional Gamelan dan Caklempong perlu diberikan pembaharuan dari segi gubahan kontemporari, alat muzik moden dan kostum bagi menarik golongan muda meminatinya. Hal ini kerana, jika kita lihat pada masa kini, golongan muda tidak mengetahui mengenai muzik gamelan dan caklempong. Malah ada yang tidak pernah mendengar istilah tersebut. Ini telah menyebabkan muzik gamelan dan caklempong ini semakin lama semakin menghilang ditelan arus zaman. Perubahan dari segi genre muzik yang lebih kepada pengaruh barat menyebabkan muzik tradisional ini kurang mendapat tempat di hati masyarakat.
Saya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan ini kerana dengan membuat perubahan dari segi gubahan kontemporari, alat muzik dan kostum, ini sedikit sebanyak dapat menarik minat masyarakat khususnya golongan muda untuk mengenai dengan lebih dekat mengenai gamelan dan caklempong ini. Pengenalan kepada gamelan dan caklempong ini dengan menggunakan pembaharuan yang lebih dekat di hati golongan muda akan membolehkan golongan ini menyelidik dengan lebih terperinci mengenai ensembel muzik berkenaan. Apabila mereka menyelidiki mengenai ensembel muzik ini, mereka akan dapat mengetahui mengenai sejarah, muzik, alat muzik dan kostum asal gamelan dan caklempong ini.
Saya sekali lagi bersetuju dengan cadangan ini kerana dengan cara ini, ensembel gamelan dan caklempong ini akan dapat diterima oleh golongan muda sekaligus akan mengelakkan ensembel muzik berkenaan ditelan arus zaman.
PB - Saya menentang sekeras-kerasnya berkenaan kenyataan di atas. Kita sebagai generasi yang bakal menjadi pelapis kepada Ensembel Muzik Tradisional Gamelan dan Caklempong di Malaysia seharusnya mengekalkan ciri-ciri asli yang telah diperturunkan oleh nenek-moyang kita agar ianya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang dan bukan 'merosakkan' lagi ciri-ciri yang sedia ada. Kenapa perlu ada pembaharuan jika yang sedia ada penuh dengan ciri-ciri yang asli dan tidak tercemar oleh anasir lain? Saya yakin, walaupun Ensembel Muzik Tradisional Gamelan dan Caklempong di Malaysia tidak mengalami sebarang perubahan, ianya juga mampu menarik golongan muda, khususnya untuk meminati muzik ini. Ayuh kawan-kawan, teruskanlah mempertahankan muzik warisan seni asli budaya kita.
PB- Juster: Salam... Saudara telah memberi beberapa hujahan sebelum ini. Pertama, muzik gamelan dan caklempong menambah alat-alat muzik seperti crash cymbal, keyboard dan lain-lain. Kedua, mengabungkan gamelan Jawa, Melayu, Bali. Ketiga, dengan berubah corak gubahan muzik tradisional ini, sejarahnya tetap kekal.
Saudara, cara mengabungkan gamelan Jawa, Melayu dan Bali ini telah dilakukan oleh segelintir masyarakat dan adakah cara ini berkesan? jika berkesan, saudara sepatutnya tahu akan gabungan ini. Seterusnya, menambah alat muzik barat seperti crash cymbal dan lain-lain. Seperti yang saya telah kata sebelum ini, muzik TRADISIONAL gamelan dan caklempong ini tidak dinamakan sebegitu jika telah membuat perubahan-perubahan sedemikian. Muzik gamelan dan caklempong ini telah menjadi lambang sesebuah kaum atau bangsa, jika kita menambah alat muzik barat ini, adakah ia masih tradisi asli kita atau sejenis muzik yang baru? Kita membuat pelbagai cara untuk menarik minat generasi muda serta untuk menwariskan warisan yang suci dan unit ini kepada mereka tetapi saudara pasti apa yang diwariskan itu asli dan tidak terpesong daripada maksud asalnya? Selain itu, seperti yang saudara kata, pelajar lebih minat untuk memilih muzik kontemporari berbanding muzik gamelan dan caklempong di sekolah, ini adalah kerana mereka jarang ada peluang untuk mendapat tahu apa itu muzik tradisional gamelan dan caklempong. Contohnya, saya seorang pelajar berbangsa cina, saya tidak tahu akan sebarang pengetahuan terhadap gamelan dan caklempong sehingga saya memasuki pendidikan muzik tetapi bukannya muzik gamelan dan caklempong ini membosankan berbanding dengan muzik-muzik lain. Jika kita sebagai anak bangsa tidak berusaha untuk mempertahankan warisan asli muzik tradisional kita tetapi sentiasa berfikir untuk mengubahnya semata-mata untuk menarik perhatian generasi muda maka siapa lagi yang akan mempertahankannya????
PB : berkaitan dengan isu yang dikemukakan di atas, saya sebagai seorang pendengar sangat tidak bersetuju jika kesenian gamelan dan caklempong di jadikan sebagai satu bentuk muzik kearah kemodenan. saya hendak bertanya kepada semua pencadang. jika muzik gamelan dan caklempong di ubah struktur muzik dan alatnya, adakah dia masih dianggap sebagai muzik tradisi sedangkan struktur alatnya sudah ditukar. jika alatnya ditukar, apakah lagu yang akan di main kan. tentulah lagu era kini. bukan begitu tuan pencadang. jadi sebagai rakyat yang ingin mengekalkan tradisi. adakah konsep ini perlu diteruskan. saya sangat tidak bersetuju dengan isu tersebut.
PB-FARIQ : Yakinkah anda bahawa dengan menyuntik sedikit pembaharuan ke atas muzik ini mampu menarik minat generasi muda? Saya membangkang pernyataan saudara Fariq. Dalam pernyataan anda yang berbunyi,
"Dengan gubahan yang menyanaraikan alat-alat muzik kontemporari, ia akan kedengaran lebik menarik. Ini kerana, golongan muda zaman sekarang terlampau banyak disogok dengan alat muzik moden. Jadi, dengan gubahan kontemporari, ia akan menarik minat golongan muda"
Kenyataan anda itu jelas sebenarnya ke arah negatif kerana terlalu banyak disogok dengan alat muzik modenlah yang menjadikan alat muzik tradisional kita semakin dilupakan oleh golongan muda. Di harap, saudara Fariq lebih berhati-hati dalam mengemukakan hujah anda. Ingatlah..., 'Takkan Gamelan dan Caklempong Hilang di Dunia'. Jangan sesekali mencemari muzik asli negara kita kerana ianya suatu yang bernilai yang tidak bisa dihitung dengan wang ringgit. Hargai warisan nenek-moyang kita.
PC-JUAN: Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana kalau difikir ia memang suatu yang relevan dengan keadaan semasa. Dengan melakukan pembaharuan dalam gamelan dan caklempong akan dapat menarik minat golongan muda zaman sekarang. Hal ini kerana, pemikiran dan penerimaan bentuk muzik masyarakat dahulu dengan sekarang berbeza. Masyarakat dahulu memahami bentuk muzik tradisional yang sedia ada tetapi masyarakat zaman sekarang teruntamanya golongan muda mudi tidak begitu faham dan sudah tentu tidak minat untuk mengetahui muzik tradisional gamelan dan caklempong kalau masih menggunakan struktur dan bentuk muzik yang lama. Dengan menambahkan alat-alat muzik kontemporari ke dalam gamelan dan caklempong akan menjadikan ia suatu yanglebih menarik dan kreatif. Kita harus sedar, muzik tradsional gamelan dan caklempong perlu berkekalan dan dikenali. Nilai estetika muzik tradisional gamelan dan caklempong tidak akan tercemar jika pemodenan dalam kedua-dua muzik tradisional ini dilakukan.
PB- Saya kurang bersetuju dengan pernyataan "Ensembel Muzik Tradisional Gamelan dan Caklempong di Malaysia perlu diberi nafas baru iaitu dari segi gubahan kontemporari, penambahan alat muzik moden dan kostum untuk menarik golongan muda meminatinya tanpa perlu mengekalkan ciri-ciri asal ensembel berkenaan.
Saya membangkang disini kerana, terdapat pelbagai impak negitif akan berlaku dalam arena muzik tradisional dalam negara kita khasnya muzik gamelan dan caklempung. Memang tidak dinafikan penambahan dan dan pengubahan sedikit muzik ensembel tersebut dapat menarik golongan muda, namun bagaimana dengan ciri-ciri atau bentuk asal muzik gamelan dan caklempung tersebut,iaitu saya berpandangan lebih jauh disini..adakah muzik gamelan dan caklempung muzik asalnya,lagunya,ciri-cirinya yang asal itu akan terus kekal ke setiap zaman-zaman akan datang? dan adakah juga sekiranya, pengubahan lagu dan penambahan alat muzik itu dapat menarik minat remaja masa kini.?
itu sudah cukup belum tentu dan belum pasti ia akan dapat mencapai objektif iaitu "memenarik golongan muda meminatinya" malahan ia akan memrosakkan muzik itu dan menimbulkan masalah-masalah dalam muzik itu pada satu hari nanti, dan kalau benar menarik minat golongan muda meminatinya,sedemikian. Kenapakah tidak meneruskan muzik gamelan yang asal tanpa ada pembaharuan dan mengapakah tidak mencari alternatif lain untuk menarik minat golongan muda dalam meminatinya.Contohnya, membuat karnival, bengkel muzik gamelan dan tradisional,pertandingan di peringkat bahagian,dan ke peringkat yang lebih tinggi..contohnya peringkat kebangsaan, dan sebagainya..
Oleh itu, saya tidak setuju dan kurang yakin dengan penjelasan bahawa "Ensembel Muzik Tradisional Gamelan dan Caklempong di Malaysia perlu diberi nafas baru iaitu dari segi gubahan kontemporari, penambahan alat muzik moden dan kostum untuk menarik golongan muda meminatinya tanpa perlu mengekalkan ciri-ciri asal ensembel berkenaan" kerana kita boleh mencari banyak alternatif lain selain cara yang tidak sempurna,tidak logik dan meyakinkan itu. wassalam..
PB-Marlin: saya sangat bersetuju dengan pandangan anda. Sekiranya dilakukan pengubahsuaian di dalam ensembel muzik gamelan dan caklempong dengan unsur-unsur moden maka hilanglah jati diri muzik tersebut. Lihat sahaja persekitaran kita kala kini, ciri-ciri ketimuran di kalangan rakyat Malaysia khusunya Melayu juga semakin pupus. Cara-cara pemakaian dan tutur kata juga telah dinodai oleh unsur-unsur moden dan bersifat global. Inikah yang kita mahukan? Perubahan ke arah kemodenan? Begitu juga pemodenan yang ingin dilakukan dalam ensembel muzik gamelan dan caklempong ini, sekiranya usaha pemodenan dan pengubahsuuaian ini diteruskan, maka pincanglah seni warisan muzik ini yang diperturunkan sejak sekian lama.
Akhir kata "sama-samalah kita menyanjung martabat warisan bangsa" jangan kita disamakan nanti seperti "yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran". Wallahualam..
Wa'salam..
PB-Juan: Kita harus mengekalkan keaslian gamelan dan caklempong dengan menarik minat pemuda-pemudi pada zaman sekarang...Contohnya kita boleh memberi pendedahan kepada mereka tentang keindahan seni keaslian gamelan dan caklempong sejak sekolah rendah lagi agar mereka mendalami sesuatu yang asli dan memahami ciri-ciri yang sedia ada...
PC- Saya menyokong pendapat yang mengatakan bahawa ensembel muzik tradisional Gamelan dan Caklempong perlu diberikan pembaharuan dari segi gubahan kontemporari, alat muzik moden dan kostum bagi menarik golongan muda meminatinya. Perubahan dari segi genre muzik yang lebih kepada pengaruh barat menyebabkan muzik tradisional ini kurang mendapat tempat di hati golongan muda. Jadi muzik tradisonal dinegara kita semakin dilupakan.
Pembaharuan dari segi gubahan kontemporari, alat muzik moden dan kostum adalah perlu bagi menarik golongan muda meminatinya. Sebagai contohnya perubahan yang berlaku adalah kompang formasi. Kompang adalah salah satu alat muzik tradisonal di Malaysia, dengan sedikit perubahan, ia menjadi tarikan golongan muda untuk meminatinya. Agar ia tidak lapuk ditelah zaman walaupun dengan sedikit pembaharuan.
pc-marlin saya sangat-sangat tidak bersetuju dengan hujah-hujah yang saudari lontarkan. Bagi saya penggunaan nombor itu juga adalah stu pembaharuan kalau, kita btul2 mahu pertahankan keasliannya kenapa tidak kita gunakan metod orang lama untuk mengajar sehingga sekarang?kenapa kita perlu mengubah kepada sistem nombor, anda sendiri kata semua dari diri sendiri ada kah patut kita salahkan orang yang memulakan sistem bernombor itu kerana tidak meneruskan sistem yang lama. bukan kah itu sudah menunjukkan pembaharuan dalam muzik tradisional lebih memudahkan kita belajar dan dapat menarik minat kita untuk mempelajarinya. mengenai remaja, tidak perlulah kita melihat jauh di sana, kita lihat saja pelajar muzik sendiri tidak kira dimana-mana U saja, adakah mereka minat untuk bermain muzik tradisional mereka hanya main muzik tradisional hanya untuk lulus dalam peperiksaan sesudah selesai peperiksaan ada tak kita nampak mereka(pelajar muzik)yang menjadi orang sukarela untuk memartabatkan muzik tradisional. yang berebut-rebut untuk turut serta dalam latihan atau persembahan. jika ada pun pelajar yang mengambil major dalam muzik tradisional dan ataupun kerana ada agenda sendiri mau jalan2 la itu la. saya tidak menujukan pekara ini spesifik kepada seseorang tetapi kepada umum harap faham disitu. Kita sepatutnya sebagai bakal gurulah harus memikirkan cara kita untuk mengekalkan muzik tradisional dan memikirkan cara kita bagaimana nak menarik minat anak-anak muda. Bukanlah tujuan kita untuk merosakkan keaslian muzik tradisional itu tapi kita mencari jalan untuk memperkenalkan dan mempertahankan muzik tradisional itu.
pc- saya tidak setuju dengan pihak PB yang mempersoalkan tentang pemakaian, adakah pembaharuan dalam muzik tradisional ini boleh menyebabkan orang menukar imej pemakaian mereka, saya rasa ini sudah lari dari persoalan yang kita hujahkan. saya fikir kita masing-masing sudah tau bukan kenapa orang terpengaruh dari segi pemakaian, saya rasa adalah satu kesilapan jika kita mengatakan punca orang hilang ciri-ciri ketimuran dari segi pemakaian dan tutur kata adalah dari pengubahan muzik tradisional ke arah modern. setakat ini apa yang pernah saya lihat pada mata saya sendiri walaupun gamelan telah diubah kearah modern saya tidak pernah lihat mereka berpakaian yang menjolok mata atau tidak cukup kain. tidak semestinya untuk memodernkan muzik-muzik tradisional ini kita perlu mengubah etika pemakaian kita mengikut orang barat. saya fikir kita semua tahu etika orang timur berpakaian bukan.
PB-Abdul Qayyum: Saya tidak bersetuju dengan kenyataan anda. Wahai saudara Abdul Qayyum, penggunaan sistem nombor dalam muzik tradisional seperti Gamelan bukanlah sesuatu perkara yang telah mengubah keaslian muzik tersebut. Ianya hanyalah satu cara yang telah mempermudahkan pembelajaran muzik ini. Saya ingin bertanya kepada saudara, adakah dengan pengenalan sistem nombor dalam muzik ini telah menjadikan ianya moden? Tidak. Tetapi persoalannya bukan pada sistem nombor ini. Persoalan yang patut kita hujahkan adalah berkenaan dengan pembaharuan dari segi kostum, gubahan lagu dan penambahan alat muzik.
Jika 3 perkara ini diperbaharui, adakah muzik ini masih dipanggil Gamelan atau Caklempong? Seperti yang kita sedia maklum bahawa muda-mudi zaman ini sangat meminati pakaian yang singkat dan menjolok mata. Tidak ramai muda-mudi yang memakai jubah. Oleh itu, jika pembaharuan dari segi kostum dilakukan, pada pandangan saya ianya akan terjurus kepada pakaian yang lebih seksi, singkat dan pakaian yang lebih diminati.
Saudara, anda juga telah bersetuju bahawa sebagai guru, kita harus mengekalkan seni warisan tradisi ini, tetapi pembaharuan kepada 3 elemen yang disebutkan bukanlah satu penyelesaian yang sesuai kepada masalah ini. Ada banyak lagi cara untuk menarik minat muda-mudi terhadap muzik ini. Anda mengatakan bahawa bukanlah bertujuan untuk merosakkan keaslian, tetapi cuba anda fikirkan, jika pembaharuan demi pembaharuan dilakukan untuk menarik perhatian golongan muda mudi, suatu ketika nanti, yang asalnya tidak ada lagi dalam muzik ini.
Mungkin anda memikirkan bahawa ianya dilakukan atas dasar menarik minat dan mempertahankan muzik ini daripada ditelan zaman, tetapi apakah yang kita pertahankan itu? adakah ianya sesuatu yang boleh dibanggakan lagi? Jika muzik Gamelan sudah menjadi hip hop, adakah ianya dipanggil 'warisan' atau khazanah yang ingin kita wariskan kepada anak cucu cicit kita?
PB-JUAN: Saya tidak bersetuju dengan kenyataan saudara. Anda mengatakan bahawa masyarakat kini terutamanya golongan muda mudi tidak begitu faham tentang muzik tradisional ini. Apa kata kalau kita bersama-sama berganding bahu menyelesaikan masalah ini dengan memberi anak murid kita (generasi baru) pengetahuan tentang muzik ini agar mereka lebih memahami dan menghargai muzik ini. Kalau mereka tak faham, bagilah mereka faham. Kalau mereka tak tahu, beritahulah mereka.. lebih-lebih lagi kita sebagai bakal pendidik, kita harus memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini. Bukannya mengambil jalan pintas dengan membuat pembaharuan sewenang-wenangnya dan mencemarkan keaslian yang ada hanya kerana menarik minat golongan tertentu. Cuba pertahankan dahulu.. jangan cepat berputus asa..
"TERUSKAN PERJUANGAN, LAMBAIAN MALAR HIJAU"
(Dr.Suppiah)
PC:Saya sangat bersetuju dengan penyataan yang mengatakan bahawa esnsembel muzik tradisional Gamelan dan Caklempong di Malaysia perlu diberi nafas baru iaitu dari segi gubahan kontemporari, penambahan alat muzik moden dan kostum untuk menarik golongan muda meminatinya tanpa perlu mengekalkan ciri-ciri asal ensembel berkenaan. Hal ini kerana, jika kita lihat sekarang golongan muda lebih suka kepada perkara yang baru dan kreatif. Oleh itu, dengan memberi nafas baru kepada ensembel Gamelan dan Caklempong ia akan dapat menarik golongan muda untuk lebih mendalaminya.
PB-Marlin: saya sangat menyokong hujah anda itu. Jikalau pun benar generasi muda kini tidak faham dan tidak minat, maka menjadi tanggungjawab kita untuk memberi pemahaman kepada mereka. Tambahan lagi, mereka tidak minat kerana kurangnya pendedahan berkenaan muzik tradisional di kalangan orang muda. Tradisi muzik itu harus dipertahankan keasliannya.
PB-yati:Saya tidak setuju dengan penyataan saudari. Perubahan pada gamelan dan caklempong dengan unsur moden ini bukan satu cara yang baik supaya golongan muda lebih mendalaminya. Kita haruslah mempertahankan keaslian muzik tradisional Malaysia supaya ia dapat diwarisi turun-temurun. Jikalau semua orang suka muzik gamelan dan caklempong yang telah digubahsuai,adakah saudari terfikir tentang kesannya? Bolehkah muzik tradisional Malaysia dikekalkan keasliannya selepas 10 tahun atau 20 tahun??
Ingin saya tegaskan di sini bahawa muzik tradisional gamelan dan caklempong TIDAK PATUT diberi nafas baru untuk menarik minat golongan muda.
PB-Yati:Pandangan saudari tidak salah. Namun di sini saya ingin memberi pandangan atas pendapat saudari Yati. Kita tidak boleh meletakkan satu penilaian tetap ke atas generasi muda sebagai seorang yang akan sentiasa suka dsn tertarik pada perkara baru, atau moden atau dalam kata lain, tidak bersifat tradisional. Ya, memang benar, generasi muda berubah mengikut peredaran pemodenan negara. Tetapi jika diselidiki, di kalangan golongan muda itu pastinya ada sebilangan yang berminat pada sesuatu yang bersifat lama atau tradisional. Di sinilah letaknya peranan pemodenan teknologi dalam mengetengahkan muzik tradisional di kalangan golongan muda. Pemberian nafas baru itu boleh digunapakai supaya sesebuah ensembel itu lebih baik dan sesuai dengan peredaran masa tetapi tidaklah sampai menghapuskan ciri-ciri asli sesuatu ensembel. Keaslian itu sangat penting kerana ia menjadi lambang atau identiti sesebuah muzik itu. Muzik itu adalah budaya sesebuah masyarakat, penghapusan keasliannya akan merosakkan keunikan sesebuah masyarakat itu. Kelak, kesannya, generasi akan datang tidak tahu asal usul atau bentuk sebenar muzik tradisional yang dilihstnya.
PC- saya sangat bersetuju dengan kenyataan bahawa Ensembel Muzik Tradisional Gamelan dan Caklempong di Malaysia perlu diberi nafas baru iaitu dari segi gubahan, kontemporari, penambahan alat muzik moden dan kostum untuk menarik golongan muda meminatinya tanpa perlu mengekalkan ciri-ciri asal ensembel berkenaan. hal ini kerana dengan adanyanya pembaharuan dan pemodenan kepada muzik yang ada akan lebih menarik minat generasi muda untuk mengenalinya dengan lebih dekat. penerapan unsur baru dan moden akan lebih memberikan kelainan kepada muzik yang unik ini.
PB- Kenyataan diatas sangat tidak relevan bagi saya kerana jika Ensembel Muzik Tradisional Gamelan dan Caklempong di Malaysia diberi nafas baru iaitu dari segi gubahan kontemporari, penambahan alat muzik moden dan kostum untuk menarik golongan muda meminatinya tanpa perlu mengekalkan ciri-ciri asal ensembel berkenaan maka ensembel musik tradisional gamelan dan caklempong yang asli akan pupus. hal ini kerana kita melihat pada hari ini banyak musik tradisional telah diberi nafas baru untuk menarik minat remaja untuk meminatinya, akibat dari itu, musik asli tidak kekal lagi kerana kebanyakkan telah diberi nafas baru. maka hilanglah keaslian musik tradisional kita. oleh itu, jika musik tradisional kita telah 'diremixkan' maka lama-kelamaan generasi akan datang tidak akan panggil musik tradisional asli lagi tetapi mungkin akan dipanggil musik tradisional moden. Bagi saya, tidak perlu ada segi gubahan kontemporari, penambahan alat muzik moden mahupun kostum kerana semuanya yang sedia ada sekarang sudah sempurna jadi saya tidak bersetuju jika ada sebarang perubahan berlaku dan saya tidak bersetuju dengan kenyataan diatas dan saya membangkang dengan sekeras-kerasnya.
PC-Saya bersetuju dengan pernyataan di atas. Ensembel gamelan dan caklempong perlu dikontemporarikan bagi menarik perhatian generasi muda pada zaman ini.
Pernahkan anda menghadiri mana-mana majlis rasmi dan pada kebiasaanya di ketika ketibaan VIP muzik gamelan atau caklempong dimainkan?
Saya berpandangan, ramai di antara kita sedia maklum bahawa muzik gamelan tersebut hanyalah rakaman sahaja bukan dimainkan secara langsung. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pada masa kini adalah sukar bagi kita untuk mendapatkan kumpulan gamelan yang boleh membuat persenbahan secara langsung. Justeru, rakaman muzik gamelan merupakan alternatif terbaik yang dilihat mampu untuk meneruskan muzik ini. Seperti yang kita semua sedia maklum, muzik tradisional ini sukar untuk didapati di mana-mana media seperti televisyen atau radio. Melalui penggunaan rakaman cd seperti yang diadakan di majlis-majlis tertentu ia mampu memberi pendedahan kepada generasi muda untuk lebih mengenali dan di sini akan mula menimbulkan minat mereka untuk lebih mendalami muzik jenis ini. Apabila sudah timbul minat, golongan ini akan menggubah muzik tradisional ini mengikut citarasi mereka dari muzik yang berbetuk asli kepada muzik yang lebih kontemporari sifatnya. Sebagai contoh, mereka boleh menggubah lagu dengan mencampurkan elemen tradisional dengan moden seperti persembahan gamelan yang diiringi bersama orkestra dan band.
Pada kebiasaannya, pengaruh rakan sebaya memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan sesuatu kepada rakan mereka. Dalam hal ini, rakan sebaya juga boleh mempengaruhi rakan mereka yang lain untuk turut sama mempelajari dan seterusnya meminati muzik tradisional. Penambahan elemen moden yang begitu dekat dengan jiwa anak muda ke dalam muzik tradisional akan membantu mereka untuk mempelajari ensembel jenis ini.
PB-Marlin: Memang apa yang saudari katakan itu betul. Kita sebagai pendidik perlu ajar dan beri pendedahan kepada generasi muda(anak murid) tentang muzik tradisional gamelan dan caklempong. Tetapi kita juga perlu memikirkan cara supaya mereka meminati seni tradisional ini. Kalau kita tidak buat perubahan mengikut penerimaan mereka, sudah tentu mereka hanya mempelajarinya dan tidak mengamalkannya secara menyeluruh kerana faktor kurang minat. Bukannya di sini kita sebagai pendidik dah putus asa tetapi sedang berusaha untuk mempertahakan muzik tradisional gamelan dan caklempong agar tidak hilang ditelan zaman. Walaupun ia berlaku perubahan tapi ia amsih lagi dikenali sebagai muzik tradisional gamelan dan caklempong. Kita perlu bersikap positif dan memikirkan strategi tentang cara untuk menarik minat masyarakat khususnya golongan muda termasuk pelajar terlebih dahulu barulah kita fikir kekukuhan muzik trdisional ini dalam masyarakat. Hal ini kerana jika golongan muda tidak minat sudah tentu mereka tidak ambil tahu dan kalau yang ada belajar muzik di sekolah mungkin tidak lebih dari hanya sekadar belajar begitu sahaja walaupun kita bertegang urat mengetengahkan muzik tradisional ini kepada mereka. Tiada gunanya kita kekalkan seni tradisional ini mengikut acuan yang terdahulu jika ia semakin dilupakan. Sesuatu yang lebih baik jika berlaku perubahan tetapi ia dikenali sebagai muzik tradisional gamelan dan caklempong. Harap saudari faham tentang kenyataan ini.
PB: Saya amat tidak bersetuju dengan pernyataan di atas kerana bagi saya ia tidak releven jika ciri - ciri utama dalam Gamelan dan Caklempong di ubah suai. Saya berkata sedemikian disebabkan keaslian Gamelan dan Caklempong akan terhakis dan seterusnya menyebabkan muzik ini tidak lagi Original.
PC: Saya amat bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan. Muzik tradisional seperti Gamelan dan Caklempong seharusnya diberikan nafas baru dengan menambahkan unsur-unsur moden terutama dari segi arrangemnet dan penambahan alat muzik moden lain untuk menarik golongan muda agar mereka tertarik untuk 'melayan' muzik sedemikian. Pada pendapat saya jika muzik tradisional terus berada pada takuk yang lama, tidak mustahil satu hari nanti ia akan pupus ditelan zaman.
PC: Saya juga bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh saudari norziannie. Tanpa pembaharuan tidak mustahil muzik tradisional yang terdapat di Malaysia akan lenyap. Pada pendapat saya pembaharuan merupakan satu "magnet" untuk menarik masyarakat terutamanya golongan muda untuk mengenali muzik tradisional. Sebagai contoh lagu Anak Ayam yang dinyanyikan semula oleh Too Phat dilihat telah berjaya menawan jiwa anak muda dan ia menjadi siulan golongan tersebut. Jika kita teliti lagu anak ayam tersebut pada asalnya merupakan sebuah lagu rakyat yang saya rasa tidak mendatangkan keghairahan anak-anak muda untuk mendengarnya. Namun apabila Too Phat muncul dengan idea baru dengan menyelitkan unsur-unsur hip hop dalam muzik tersebut ia ternyata dapat mengembalikan kegemilangan lagu tersebut. Pada saya mengekalkan keaslian sesuatu muzik tersebut memang baik, namun jangan disebabkan ketaksuban kita untuk mengekalkan ciri-ciri asal muzik tersebut menyebabkan ia terus hilang. Soalan saya nak tujukan kepada pihak pembangkang adalah, adakah anda semua sanggup untuk menahan telinga dan memaksa diri untuk mendengar stesen radio yang memainkan muzik-muzik klasik dan tradisional? Saya pasti jawapan yang diberikan sudah tentunya tidak.
PC: Saya amat bersetuju dengan pernyataan di atas kerana pembaharuan yang dilakukan dalam ensembel muzik tradisional gamelan dan caklempong ini amat perlu agar ensembel ini tidak pupus atau lapuk ditelan zaman. Hal ini kerana sukar untuk kita melihat generasi zaman sekarang mendengar muzik tradisional ini atau mengambil bahagian dalam persembahan yang melibatkan muzik tradisional ini. Pada pendapat saya, ensembel muzik tradisional gamelan dan caklempong ini perlu diberi nafas baru.
Saya juga bersetuju dengan pendapat yang telah dikemukakan oleh saudari norziannie dan saudari dalila. Justeru, kita perlu menerima dan membuat pembaharuan dalam ensembel muzik tradisional gamelan dan caklempong ini. Walaupun berlaku pembaharuan dalam ensembel muzik tradisional gamelan dan caklempong ini tetapi kita masih lagi boleh mengenali bahawa muzik tersebut adalah muzik gamelan dan caklempong walaupun adanya penambahan alat-alat muzik dalam muzik tersebut.
Memandangkan kita sedang berada dalam zaman yang serba canggih ini maka, kita perlu guna kemudahan yang sedia ada bagi menarik minat generasi zaman sekarang mendalami serta menilai sendiri bahawa muzik tradisional ini terutamanya gamelan dan caklempong ini boleh dikontemporarikan dengan penambahan alat muzik moden dan kostum yang mengikut selera atau arus generasi zaman sekarang.
Mari sama-sama kita hayati muzik ini....
Jinbara feat gamelan UITM....
( http://www.youtube.com/watch?v=W46nQ588GXU&feature=related )
Sebagai contoh mari kita sama-sama hayati muzik ini walaupun ia bukan gamelan atau caklempong tetapi cuba kalian perhatikan alat muzik yang digunakan dalam persembahan ini.
( http://www.youtube.com/watch?v=q-x-u8suuIE&NR=1 )
Apa pandangan kalian selepas melihat kedua-dua muzik ini?
PC sy sgt bersetuju..hal ini kerana apabila ada gabungan kontemporari..generasi mda lbh brmnt untuk brmain prmaiannan gamelan ini..krna kta lht muzik gamelan byk di pelopori oleh org2 lama..
sebagai generasi mda yg bru kte prlu trskan muzik ini dgn mnanbah lain-lain instrmn dalm mzk gamelan
PC sy sgt brsetuju dgn dalila dan farhana...krna kte boleh mgekalkan bunyi gamelan dan caklempong walaupun diberi nafas baru
PC: saya amat tertarik dengan kata-kata saudari Dalila yang megatakan bahawa "jangan disebabkan ketaksuban kita untuk mengekalkan ciri-ciri asal muzik tersebut menyebabkan ia terus hilang". memang betul dengan kenyataan saudari tersebut, kerana masyarakat Malaysia seperti yang kita tahu mereka agar sukar untuk menerima sesuatu pembaharuan termasuklah dalam bidang muzik,walaupun pun bukti telah terpampang di depan mata bahawa pembaharuan itu sesuatu yang amat penting untuk mengekalkan sesuatu warisan atau legasi namun mungkin disebabkan keegoan yang tinggi kebikan dan manfaat yang ada pada sesuatu pembaharuan akan ditolak mentah-mentah.Pihak pembangakang juga mengatakan bahawa, sebagai bakal pendidik (terutama guru muzik) akan menjadi tanggungjawab mereka untuk menyedarkan para pelajar untuk terus memartabatkan muzik tradisional, namun persoalannya kini, adakah kesemua guru muzik yang ada kini (terutama yang sedang mengajar) telah menampakkan kejayaan mereka untuk menarik minat golongan muda untuk melibatkan diri dalam muzik tradisional? jawapannya, sudah tentu tidak, kerana jika mereka berjaya untuk menyedarkan para pelajar tantang kepentingan untuk mengekalkan muzik sedemikian sudah tentu muzik tradisional Malaysia kini telah menunjukkan peningkatan dalam industi muzik tempatan. suntikan unsur-unsur moden sememangnya harus ada dalam muzik tradisional untuk memperkuatkan lagi pengaruhnya demi untuk bersaing dengan kemunculan pelbagai genre muzik moden kini. sebagai contoh, Saya ingin bertanya kepada pihak pembangkang, berapa banyak anak-anak muda yang yang mendengar muzik dan lagu yang di bawakan oleh penyanyi veteren seperti S.M Salim?saya rasa bilangannya cukup sedikit, namun apabila lagu-lagu dendangan beliau mendapat sedikit sentuhan unsur-unsur kontemporari dan paduan suara daripada penyayi baru seperti Siti Nurhaliza secara tidak langsung ia mengangkat lagu tersebut dan ia turut menjadi siulan dan hiburan anak-anak muda. hal yang sama juga harus diterapkan di dalam ensembel Gamelan dan caklempong, kerana jika ia tetap dikekalkan dengan ciri-ciri lama dan klasik, muzik tersebut tidak akan berkembang.
PC: Saya bersetuju dengan penyataan cik norziannie yang menyatakan "suntikan unsur-unsur moden sememangnya harus ada dalam muzik tradisional untuk memperkuatkan lagi pengaruhnya demi bersaing dengan kemunculan pelbagai genre muzik moden kini". Cuba kalian perhati generasi sekarang ini yang mana kebanyakkannya lebih berminat muzik moden berbanding muzik tradisional. Sekiranya muzik tradisional ini diberi pembaharuan, nescaya akan menarik generasi muda masa kini bahkan orang luar juga pasti akan tertarik dengan ensembel muzik tradisional ini.
Saudara Azirul ada menyatakan bahawa ia tidak relevan jika ciri-ciri utama dalam gamelan dan caklempong diubahsuai kerana keasliannya akan terhakis dan menyebabkan muzik ini tidak lagi asli. Saya tidak bersetuju dengan penyataan dari saudara Azirul ini kerana keasliannya tetap ada walaupun ia telah dikontemporarikan. Hal ini kerana pembaharuan yang dilakukan ini sedikit sebanyak akan menarik masyarakat terutamanya generasi muda tertarik dengan ensembel muzik tradisional ini malah orang luar juga akan turut tertarik dengan ensembel muzik tradisional ini. Bagi saya, pembaharuan yang dilakukan dalam ensembel muzik tradisional ini boleh dibawa ke peringkat luar untuk diperdengarkan kepada masyarakat luar di samping memperkenalkan muzik tradisional kita walaupun ia telah dikontemporarikan.
Sekiranya kita menghayati betul-betul irama serta melodi sesebuah muzik itu, kita akan merasakan ia begitu indah sekali walaupun ia hanyalah muzik asli ataupun yang telah dikontemporarikan. Seperti yang telah rakan-rakan saya perkatakan, ensembel muzik tradisional yang dikontemporarikan telah mendapat tempat di hati pendengar terutamanya generasi muda.
Mari kita sama-sama hayati dan melihat alat-alat muzik yang digunakan dalam persembahan ini. Semoga terhibur....
( http://www.youtube.com/watch?v=MWI8XyoykXk&feature=related )
PB - Saya sangat tidak bersetuju dengan pernyataan di atas. Sekiranya kita membuat perubahan pada muzik-muzik tradisional Gamelan dan Caklempong ini, maka akan hilanglah keaslian muzik itu. Walaupun ada yang menganggap penambahan dan perubahan itu bagus tetapi hakikatnya tidak sama dengan muzik yang asli. Golongan muda akan lebih meminati muzik asli sekiranya mereka menghayati dengan lebih mendalam estetika atau keindahan muzik ini. Lambat laun muzik yang diubah-ubah akan sama seperti muzik yang ada pada masa sekarang. Sebelum kita hendak mengekalkan warisan ini, kita harus kenal akan elemen dan ciri-ciri muzik tradisional ini, dengan erti kata tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, pihak tertentu perlu mempertahankan keaslian muzik ini agar ia tidak mudah diubah sesuka hati. Kerjasama dan koloborasi pihak-pihak tertentu akan pasti dapat mempertahankan muzik Gamelan dan Caklempong di negara ini yang mana terkenal dengan kesantunan budi adat ketimuran malah keindahan seni muziknya.
PB : Kesenian muzik gamelan dan caklempong sememangnya sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat di negara ini sejak zaman berzaman. Kita boleh lihat bagaimana pelopor-pelopor muzik gamelan dan caklempong terdahulu mempertahankan khazanah muzik tradisi ini agar ia tidak mati ditelan arus pemodenan. Bak kata pepatah Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas. Jadi sanggupkah kita melihat muzik tradisi yang dipertahankan golongan terdahulu lenyap begitu sahaja? Jadi relevenkah "Ensembel Muzik Tradisional Gamelan dan Caklempong di Malaysia perlu diberi nafas baru iaitu dari segi gubahan kontemporari, penambahan alat muzik moden dan kostum untuk menarik golongan muda meminatinya tanpa perlu mengekalkan ciri-ciri asal ensembel berkenaan?". Apabila sy membaca kenyataan ini, sy mula terfikir ke manakah perginya nilai-nilai sanjungan muda mudi kini terhadap pelopor terdahulu yg sanggup berhempas pulas mempertahankan muzik tradisi ini. Memang diakui bahawa muzik tradisi ini semakin terhakis dek arus muzik moden, tetapi sanggupkah kita melihat satu persatu muzik tradisi kita terus lenyap begitu sahaja tanpa usaha-usaha untuk mengekalkan keaslian muzik itu. Sy tidak rasa ensembel muzik gamelan dan caklempong perlu diberi nafas baru dari segi gubahan kontemporari, penambahan alat muzik moden dan kostum semata-mata ingin menarik golongan muda meminatinya tanpa perlu mengekalkan ciri-ciri asal ensembel berkenaan. Sekarang ini pun kita boleh lihat rata-rata muzik kita sudah tiada nilai-nilai identiti kerana banyak dipengaruhi muzik barat yg lebih mendapat tempat dihati golongan muda. Benar usaha perlu dilakukan untuk mengekalkan muzik tradisi agar diminati oleh muda mudi tetapi jangan seperti kacang lupakan kulit. Lupa asal usul muzik tradisi dan tidak mengekalkan ciri-ciri asal ensembel berkenaan. Kita harus memikirkan cara yang lebih berkesan agar muzik tradisi ini terus subur dan lebih mendapat tempat dihati peminat muda tanpa perlu mengubah keaslian muzik itu sendiri.
PC- saya sangat bersetuju dengan idea dan pandangan yg dikemukakan oleh saudari norziannie. amat tepat sekali apabila sesebuah muzik tradisional itu jika diberikan nafas baru akan lebih menarik minat dan perhatian masyarakat khususnya golongan muda. dengan pembawaan muzik yang lebih moden ini sedikit sebanyak mampu untuk memartabatkan muzik tradisional yang ada. desakan untuk mempertahankan keaslian muzik tradisional tanpa menghiraukan faktor lain lama kelamaan muzik seperti gamelan dan cak lempong ini akan jauh ketinggalan dan akan hilang begitu sahaja. oleh itu, pemodenan dan pembaharuan perlu diterapkan dalam muzik gamelan dan cak lempong supaya muzik ini terus dikekalkan dan dipelihara.
PC-saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini sebab apa yang menjadi dilema dalam muzik tradisional ini ialah ianya sukar diminati golongan muda kerana repertoir yang terhad.Oleh itu,dengan memberi nafas baru ianya dapat menarik minat golongan muda dan yang paling penting ialah dapat menimbulkan minat dahulu dan selepas itu secara tidak langsung golongan muda ini akan mula mengkaji tentang origin dan originalitinya.Jika diteliti betul-betul,jika terdapat perubahan mungkin dari aspek repertoirnya sahaja.Gamelan tetap dengan identiti pelog atau slendronya.Manakala,caklempong pun mungkin berbeza dari segi tempo sahaja.Bagi memasukkan alat muzik moden juga merupakan satu tindakan yang baik kerana fokus utama adalah bagi menarik minat golongan muda.Walaupun begitu, terpulang kepada penggubah untuk meletakkan instrument baru bagi penambahbaikan muzik gamelan dan caklempong.Terima kasih.
PC: Saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini kerana tidak salah kiranya muzik gamelan dan caklempong diberi nafas baru. Hal ini adalah bertujuan untuk menarik minat generasi muda pada masa kini terhadap muzik tersebut. Seperti yang kita maklum generasi muda sekarang lebih mudah tertarik dengan muzik kontemperari dan alat2 muzik yang lebih moden. Hanya dengan cara ini generasi muda lebih tertarik untuk mempelajari caklempong dan gamelan ini. Jangan hanya kerana kita ingin memberi nafas baru terhadap muzik caklempong dan gamelan bersesuaian untuk generasi muda pada masa kini dianggap sesuatu yang negatif oleh sesetengah pihak.
PB- Saya tidak bersetuju muzik gamelan dan caklempong dikatemporikan kerana hilanglah nilai kesenian muzik gamelan dan caklempong. Jika muzik caklempong dan gamelan ini dikatemporikan maka muzik ini tidak lagi dikenali sebagai muzik caklempong dan gamelan tetapi dikenali sebagai ensemble lain..
PC norziannie: saya setuju pada Norziannie. Musik tradisional ini juga boleh diberi nafas baru, sebab zaman sekarang semakin moden dan orang seluruh dunia terikut pada fashion fashion moden yang macam-macam. Oleh itu ,dak hairanlah muzik caklempong dan gamelan juga terikut zaman moden ini. Sila lihatlah Link ini: http://www.youtube.com/watch?v=DVj-9MRDnUw&feature=player_embedded
Dalam pertandingan Muzik tradisional ini, caklempong dan gamelan telah mainkan lagu Pop , iaitu 'Dancing Queen" . Inilah bukti Seni muzuk gamelan dan caklempong di modenkan. Dengan cara ini , dapat tertarik generasi muda dan juga pelancong-pelancong asing. Pada pandangan saya ,Muzik tradisional caklempong dan gamelan boleh dikekalkan kerana ia merupakan warisan daripada orang zaman dulu , tetapi zaman moden ini boleh diberi nafas baru kepada generasi muda . Pada video ini, muzik tradisional ini bertambah dengan instrument bass guitar dan key board, jadi lagunya lebih moden dan tidak bagi pendengar merasa macam lagu asli tradisional.
PC: Saya sangat bersetuju dengan pernyataan di atas. Tidak salah sekiranya kita ingin mencuba sesuatu yang baru seperti mengkontemporarikan muzik gamelan dan caklempong,kerana serba sedikit dapat menarik perhatian dan minat golongan muda serta generasi baru pada masa kini. Umumnya, seperti yang kita ketahui genre muzik pada masa kini lebih cenderung ke arah berentak rancak dan universal.
PB- Kenyataan di atas sangat tidak relevan kerana kita harus mengekalkan keaslian ensemble Muzik Tradisional Gamelan dan Caklempong di Malaysia. Hal ini kerana keaslian sesuatu perkara itu sangat penting. Kita tidak harus lupa akan keaslian muzik tradisional kita yang sebenar. JAnganlah kerana ingin menarik golongan muda kita terpaksa mengorbankan sesuatu yang amat bernilai yang terdapat di dalam muzik tradisional yang telah diwariskan kepada kita semua. Jika kita lihat pada zaman sekarang sudah ramai yang membuka mata mereka dan lebih suka mencari sesuatu yang asli. Keaslian sesuatu muzik itu khususnya muzik tradisional seperti gamelan dan caklempong sangat penting. Nilai sejarah yang ditinggalkan harus kita semua kekalkan. Bukan sewenang-wenangnya kita boleh mengubahnya kerana nilai estetika yang terdapat dalam muzik tradisional harus dipelihara dengan baik. Seharusnya usaha-usaha dalam mengekalkan keasliannya dipertingkatkan. Kita perlu percaya kepada 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Terima kasih.
PB-zarina : Apa yang dihujahkan oleh saudari Zarina adalah tidak realistik. Kalau sudah namanya PELANCONG sudah semestinya mereka mengharapkan sesuatu bahan tontonan yang asli. Jika kita lihat, pelancong yang datang ke negara kita akan berusaha mencari nilai-nilai tradisional kerana mereka amat kagum dengan keunikan yang terdapat di dal muzik tradisional. Jika telah diberi nafas baru dari pelbagai segi, adakah kita terfikir dimanakah lagi 'tradisionalnya'???Adakah kita boleh memanggil muzik tradisional gamelan lagi? Fikirkan..'terlajak perahu boleh diundur,tetapi jika terlajak kata?' Dengan tegasnya saya amat tidak bersetuju dengan hujah saudari.
PC - niq89:Saya sangat bersetuju dengan kenyataan diatas dan juga pandangan daripada niq89.Ini kerana golongan muda sekarang lebih berminat terhadap muzik yang terkini dan cenderung kepada muzik barat. oleh itu, muzik tradisional seperti Gamelan dan Caklempong perlu diterap dengan nafas baru. Bagi saya tidak ada salah jika kita melakukan inovasi atau perubahan terhadap muzik tradisional untuk menarik golongan remaja,daripada membiarkannya lupus ditelan zaman begitu sahaja tanpa ada pihak yang cuba mengusahakannya. Seterusnya generasi akan datang tidak berpeluang mendalami seni warisan tradisional ini. Tambahan lagi, pada masa kini telah banyak muzik tradisional yang telah diberi nafas baru mengikut peredaran masa dan ia telah mendapat sambutan agak baik.
PB-Siti Rohaya: saya tidak bersetuju dengan pandangan saudari bahawa melakukan perubahan terhadap muzik tradisional untuk menarik minat golongan remaja. kita tidak boleh mengikut apa yang mereka minat sahaja, sebaliknya kita hendak memberitahu kepada mereka betapa penting untuk mengekalkan keaslian muzik tradisional supaya generasi muda masih ada peluang untuk mewarisi muzik tradisional ini. Generasi muda akan menjadi "katak di bawah tempurung" kerana mereka tidak ada mengetahui keaslian muzik tradisional yang sebenar.
Post a Comment