Blog Pembentangan Kumpulan

Lihat Semua Artikel »»

Headline

.

Wednesday, September 1, 2010

ALU & TANGBUT DAN ANTAN & LESUNG

Pengenalan

  • Diklasifikasikan dalam kategori idiofon
  • Digunakan dikalangan petani dalam gerakgeri yang berhubungkait dengan kerja menanam padi bukit atau sawah.
  • Terdiri daripada 2 atau lebih daripada 2 bahagian tertentu yang dipukul atau dihentak.
  • Alat antan (juga dipanggil Alok atau Alu) dipukul serentak dalam ensembel Alu dan Tangbut atau dihentak dalam ensembel Antan dan Lesung untuk menghasilkan rentak tertentu.
  • Ianya sebagai hiburan di kampung atau di rumah panjang
  • Batang kayu dan buluh yang dihentak digunakan sebagai alat muzik dalam ensembel  “kesut di negeri Sarawak atau Ding Galung atau Goh yang terdapat dikalangan Orang Asli di Semenanjung Malaysia
  • Semua alat-alat yang disebutkan tadi dikategorikan alat muzik Idiofon yang dipukul (percussioon idiophone) atau dihentak (stamping idiophone)

Alu (Alok) dan Tangbut

  • Digunakan oleh wanita kaum Kayan di Sarawak sebagai alat muzik dalam dua ensembel berlainan iaitu “Alu dan Tangbut”(AT) dan “Antan dan Lesung”(AL)
  • AT  terdiri daripada beberapa batang antan yang digunakan untuk menumbuk padi.
  • Digunakan serentak dengan sekurang-kurangnya 2 batang buluh pendek yang dinamakan “tangbut”
  • Alu dimainkan secara berpasangan oleh dua orang pemain.
  • 6 batang alu (3 pasang) dimainkan oleh 6 pemaian.
  • 3 pasang alu diletak menegak diatas dua batang kayu lain yang diletakkan selari di atas lantai supaya setiap hujung alu disokong.
  • Penghujung alu dipegang oleh 2 pemain yang duduk berhadapan dengan di atas lantai.
  • 2 pasang alu dipukul serentak atau dipukul di atas batang kayu yang terletak di bawah untuk menghasilkan bit berterusan.
  • Set alu yang ke 3 dipegang oleh seorang pemain pada satu hujung dan kedua-dua batang alu itu dipukul serentak oleh pemain yang lain pada hujung sebelahnya.
  • Pada masa yang sama tangbut juga dipukul. Iannya terdiri daripada 2 batang buluh yang berlainan saiz yang dipukul untuk menghasilkan 2 pic yang berbeza.
  • Tangbut ditutup pada satu hujung dan diukir mengikut panjang dan dibentuk tertentu pada hujung sebelah
  • Buluh dipukul dengan sebatang kayu yang ringan. 2 batang buluh ini dimainkan 2 orang pemain.

Ensembel Alu & Tangbut

 Note Alu
Muzik Alu dan Tangbut
  • Dimainkan secara bertingkah menghasilkan rentak
  • 2 pasang alu menghasilkan bit berterusan iaitu bit naik (Up beat) dan bit jatuh (down beat) 
  • Set Alu ke 3 dipegang tetap pada satu hujung oleh seorang pemain dan dipukul serentak di sebelah hujung oleh seorang pemain lain lagi untuk menghasilkan rentak sendiri
  • Muzik ini dipersembahkan dengan penuh minat oleh kaum wanita untuk menghiburkan penduduk-penduduk di rumah panjang.

Alu2

Alu1

ANTAN DAN LESUNG

  • Digunakan untuk menumbuk padi.
  • Sebagai alat muzik dan dimainkan oleh kaum wanita dirumah panjang suku kaum Kayan dan Kenyah-Badang di Sarawak
  • Antan yang berat diangkat dan dihentak secara pantas pada padi di dalam lesung
  • Biasanya bertiga atau berempat.
  • Hasil daripada temasya ini sejenis muzik berkembang
  • Setiap pemain memegang sebatang antan yang dihentak di atas permukaan lesung
  • Dua pemain menghentak permukaan lesung dibahagian tengah berhampiran lubang dan memainkan bit berterusan
  • Seorang pemain menghentak lesung pada bit naik (up beat)manakala pemain kedua menghentak pada bit jatuh (down beat)
  • Pada waktu yang sama , pemain kedua menghentak permukaan lesung di bahagian  tepi untuk menghasilkan timbre bit yang berterusan tadi
  • Pemain yang ketika memainkan rentak yang tersendiri
  • Rentak bersinkopasi yang berulang-ulang

antan

Note Antan

Antan2

RUJUKAN:

Matusky, Patricia/ Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat, Sinkretik. Pulau Pinang & Kuala Lumpur: The Asian Centre

3 comments:

smp2252asma on November 10, 2010 at 11:37 PM said... [Reply to comment]

thanks en amran !

bancha on November 19, 2010 at 1:16 AM said... [Reply to comment]

best...

Muzik Tradisional Malaysia on November 19, 2010 at 5:22 PM said... [Reply to comment]

@smp2252asmaSama-sama.. Selamat menjawab di Final Exam..

Post a Comment

Twitter

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template